Food Review,

Makanan Korea Sebenar Di The Street Cafe SS 15 Subang Jaya

Rabu, Februari 15, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Restoran makanan jalanan sebenar dari negara Korea yang korang cari ada di sini. The Street Cafe yang terletak di SS 15 Subang Jaya. Maha sendiri jumpa restoran ni bila search kat Google sebab restoran ni dah keluar banyak program tv. 


Restoran ni telah beroperasi sejak tahun 2008 lagi di Malaysia dan pemegang sijil Halal daripada Jakim jadi tak perlu was-was untuk nikmati makanan Korea mereka. Apa lagi makanan Korea yang korang suka mestikan Kimchi kan. Maha kurang sikit Kimchi ini sebab pedas sangat dan masam hehehe sorry guys #jangankecam


Sebab tu hari cuti Maha berkesempatan cuba makanan ni sendiri tau pergi sorang-sorang jer makan suri hati belum ada lagi hehehe. Set lunch yang Maha pilih ini adalah Saba Fish Rice Set yang ni pun ada kimchi tau. Set ikan kembung import dari dari Norway ini memang special Maha suka cara ikan ini dibakar. Korang boleh dapat dalam set ini adalah nasi putih, sup, kimchi dan sosnya.

Saba Fish Rice Set


Juga ada sama minuman special iaitu Teh Hijau yang boleh pilih nak sejuk atau nak panas. Masa Maha pilih hari tu ada add on Mango Jus sebab takut pedas hehehe. Bagi Maha set ini sangat puas hati kenyang dan juga sedap tak terlalu berat untuk makan seorang. 

Mango Jus & Teh Hijau

Kalau korang perasan kat tepi tu ada Chicken Stick yang tu Maha add on juga sebab nak rasa. Memang sedap kerana dibakar dan juga disadur dengan sos yang enak satu stick tu pun dah cukup. Betullah kata orang makanan Korea ini healthy dan mengenyangkan. Nak makan selalu mungkin tidak bagi Maha tapi sekali sekala nak berubah angin ok kot.

Chicken Stick

Aiskrim Samanco

Last sekali untuk dessert Maha telah cuba satu aiskrim special ini berbentuk ikan atau namanya Samanco. Special aiskrim ikan ni bukan rasa ikan tapi ia ada inti kacang merah dan aiskrim yang segar bila ambil lepas makan terutama makanan pedas. Maha suka aiskrim ni ok besar saiznya.



Satu lagi aktiviti yang special mereka selalu lakukan kat kafe ini iaitu Ramen Belanga Challenge. Cabaran makan ramen dalam mangkuk besar yang pedas dalam masa 8 minit sahaja. Wow siapa berani sahut cabaran ini akan bertuah dan nama akan tercatat dalam Hall Of Fame mereka nanti. Kalau rasa korang boleh habiskan semua ramen tu boleh lah datang cabar diri sekarang kerana ada wanita yang dah berjaya ok. Selamat mencuba semua.






2 ulasan: