Business Card,

Gogoprint Malaysia Menyediakan Khidmat Print Business Card Yang Cepat Dan Penghantaran Percuma

Khamis, Februari 02, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebagai seorang yang selalu membuat network baru tak kira di alam maya atau di dunia realiti sangat-sangat memerlukan business card. Bagi Maha ni yang selalu jumpa orang kat luar tu bila bersalaman atau bertegur sapa mesti minta business card betul tak. 


Baru-baru ini Maha pergi kat satu event yang melibatkan banyak orang luar dan muka-muka baru business card sangat penting. Kalau kita tak ada memang tak lengkap bila datang satu-satu majlis paling penting bila mereka nak buat cabutan bertuah wakakaka. Tapi bagi Maha penting untuk ada business card ini agar boleh sentiasa ada contact number dan rujukan.


Jadi kerana pengamalan tu lah Maha terus cepat-cepat cari kat mana nak buat business card secara online jer tak perlu tempah lama-lama. Cari punya cari jumpa lah laman Gogoprint.com.my ni.
Kat sini masa Maha buka tengok bukan setakat ada buat business card tapi mereka juga ada sediakan banyak lagi produk seperti Flyers, Wedding Card, Tags, Invitation Card, Leaflets, Vouchers, Presentation Folder, Booklets, Table Tents, Postcard, Letterhead dan banyak lagi.


Maha yakin sikit kepada service ni sebab mereka dah ada di Malaysia sejak Oktober 2016. Mereka menggunakan mesin cetak yang berkualiti tinggi dan mudah untuk digunakan dalam talian. Menyediakan perkhidmatan percetakan mewah dan percetakan warna boleh dipercayai pada kos percetakan dengan diskaun.

Mudah jer dengan menggunakan Gogoprint Malaysia ni hanya mengikut 4 step ni sahaja.

1) Pilih produk yang korang mahu dengan pilih format, jenis kertas dan lain-lain. Masa sama juga pilih jumlah yang korang nak untuk di print dan tarikh bila hendak menghantar produk kepada anda.



2) Buat pembayaran melalui online ada banyak cara boleh guna. 
i - Internet Banking
ii - Debit / Credit card
iii - Offline Bank Transfer


3) Upload file yang hendak di print kalau korang ada design sendiri. Tapi Maha hari tu tak tahu nak design dan mereka yang tolong buatkan korang boleh hubungi mereka untuk design.


4) Akhir sekali mereka akan hantar pengesahan bayaran dan design melalui email dan tunggu lah untuk penghantaran terus ke rumah anda seperti mana tarikh yang telah dipilih.


Mudah bukan cara nak buat tempahan kat Gogoprint Malaysia ni. Maha nya card pun tak lama dah sampai terus kerumah. Korang leh tengok hasil yang mereka buat ni cantik tak kad baru Maha yang ni Maha pilih kertas 310g art card dengan full color depan belakang. Korang rasa berapa harga untuk 500 keping kad ini hanya RM118.60 sahaja. 



Lepas ni pergi mana-mana event tak perlu susah-susah lagi dah ada kad baru. Kawan-kawan yang nak kad baru Maha tunggu lah nanti ada event bersama ok hehehe. Jadi korang pun boleh tempahan melalui Gogoprint Malaysia ni sekarang semua dalam talian jer tak perlu susah-susah pergi kedai. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ker laman web dan facebook mereka. Selamat menempah.

Tempahan dan promosi layari :
Email : info@gogoprint.com.my
Phone : 03 2856 0791





0 Pandangan: