Bantuan,

Ganda Pahala Hari Jumaat Bantuan Untuk Sahabat Yang Menderita Barah Usus

Jumaat, Februari 03, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam semua kepada pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam kita bergembira jangan lupa pada yang kurang bernasib baik. Baru-baru ni Maha dapat berita sedih dari group whatapps menyatakan seorang kawan Maha mengidap penyakit kronik. Terkejut jugalah kerana beliau sebelum ni seorang yang ceria dan baik orangnya.


Beliau ni adalah Junior semasa Maha belajar di Shah Alam tahun 2002. Jadi sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini apa kata kita gandakan amal jariah dan sedekah kepada beliau. Sebagai rakyat Malaysia yang sangat dikenali dengan sikap pemurah dan perihati tak salah untuk kita bantu tak perlu banyak dengan RM10 pun sudah cukup kalau dah 100 orang dapat juga mengurangkan beban mereka sekeluarga.


Maklumat pesakit :-
Nama pesakit : Herel Azri Bin Syafiq
Penyakit : Barah Usus
Tempat Rawatan : Hospital UKM, Wad 5B
Tanggungan : 1 isteri 2 anak perempuan
Nama isteri : Nor Adalina Hamdan
Nama anak : Nur Alya Humairah & Nur Airis Hanina

Beliau kini masih telantar di hospital kalau yang ada nak datang melawat di alukan. Kalau yang nak membantu sangat-sangat digalakkan walaupun sedikit tapi begitu bermakna kepada mereka. Bantuan ini untuk meringankan beban isteri dan juga 2 anak yang masih kecil perlu menguruskan beliau dan juga bayaran rawatan. Sekiranya ingin membantu boleh berbuat demikian terus ke akaun beliau seperti di bawah.

MAYBANK
151044 115883
HEREL AZRIL BIN SHAFI


Moga dengan bantuan sedikit ini akan memudahkan urusan mereka dan In Sha Allah nanti satu hari Allah akan mudahkan urusan kita juga. Sama-sama kita doakan untuk beliau dan keluarga ni agar terus tabah dan diberikan kesihatan seperti sediakala. Amin.







4 ulasan:

  1. sedih pula baca post ni. ini mungkin Ujian dari yang maha esa. pakat-pakatlah kita bantu ya. mungkin hari ni hari dia, hari kita nanti, tak tahulah macam mana. hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu hari ni hari dia next time kita tak tahu lagi apa akan jadi pada kita moga kebaikan kita hari ni boleh bantu kita masa depan.

      Padam
  2. Allah, kesiannya dia. Semoga ada yg menyumbangkan walaupun sedikit dari apa yg mereka ada. blogwalking kejap, jemputlah datang ke blog haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 kita menyumbang untuk membantu kawan2 dalam kesusahan... Terima kasih kerana singgah..

      Padam