Food Review,

Fresca Mexican Kitchen Menyajikan Kesegaran Masakan Klasik Mexico Di Kuala Lumpur

Selasa, Februari 28, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jom kali ni kita pergi makan kat restoran berkonsepkan makanan Latin iaitu negara Mexico. Jarang-jarang sebenarnya dapat makan kat restoran negara macam ni sebab takut rasa tak seperti mana tekak orang Asia. Tapi bila sekali dah cuba rasa macam nak datang lagi.




Hari tu Maha datang atas jemputan pemilik restoran Fresca Mexican Kitchen ini yang mengundang media dan blogger menikmati hidangan Mexico. Hari tu juga kami bukan sahaja datang makan tapi diberi ilmu pengetahuan tentang masakan Mexico oleh chef profesional mereka. Kami diajar bagaimana asas membuat Tortilla dengan menggunakan jagung asli yang lebih sihat dan senang.




Seronok sebenarnya dapat belajar masakan Mexico ni sebab mudah dan pasti mengenyangkan. Lepas ni boleh buat sendiri kat rumah hanya perlu pandai main dengan rasa sahaja sebab hidangan Mexico banyak menggunakan cili. Tapi tak nak pedas pun boleh ikut selera kita jer.


Lepas sahaja habis sesi kelas memasak bersama chef mereka kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan asal negara Mexico. Menurut kata pemilik restoran ini kebanyakan herba dan bahan asas yang ada dalam masakan direstoran mereka adalah diimport dari negara-negara pengeluar termasuklah cili Mexico seperti Jalapeno, Cayenne, Serrano dan banyak lagi.


Pertama kami dihidangkan dengan Chips With Pico de Gallo & Guacamole. Ni yang chef ajar kami pada permulaan sesi iaitu Tortilla yang di goreng garing makan bersama Guacamole dan Salsa. Memang membuka selera sangat best makan sekali hadap tak sedar habis sebakul ni seorang ok. Guacamole ni dibuat daripada buah Avocado dan juga Salsa daripada Tomato.

Chips With Pico de Gallo & Guacamole
 
Hidangan kedua pula kami dijamu dengan Tacos Ensenada dan juga Tacos Alambre. Ini juga Tortilla yang diajar chef tapi dihidangkan dengan isi ikan goreng dan juga coleslow yang dipanggil Tacos Ensenada. Manakal Tacos Alambre pula Tortilla menggunakan tepung jagung sebab tu warna agak kekuningan dan juga isi dalam ada daging dan juga turkey bacon.


Tacos Ensenada

Tacos Alambre

Yang ni berasap-rasap dan juga nampak menarik adalah Pollo a la Parilla. Ia adalah hidangan ayam panggang yang telah diperap dengan sos istimewa iaitu berasaskan kopi. Ia dihidang bersama dengan Nasi Hijau yang dicampur dengan sejenis daun. Sesuai dihidang panas dan bagi penggemar kopi ia sangat kena dengan selera anda.

Pollo a la Parilla

Last sekali kami mesti nak tunggu pencuci mulutkan jadi hari ni kami dihidangkan dengan Churros con Chocolat y Cajeta. Ni macam biasa Churros yang disaji bersama dengan sos coklat dan special sos mereka adalah caramel susu kambing. Bila dicicah dengan sos tu memang terangkat sedap ya amat. Manakala minuman hari tu kami dihidangkan dengan Limon, Hibiscus dan Tamarindo semua menyegarkan.

Churros con Chocolat y Cajeta

Kalau nak datang sini untuk makan bersama dengan pelanggan korang ia sangat sesuai nak belanja customer sekali sekala ubah selerakan. Tapi kalau kanak-kanak tak berapa sesuai kerana menunya. Fresca Mexican Kitchen yang Maha pergi ni terletak di cawangan The Garden so ia dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Tapi restoran ni tak ada sijil Halal terpulang kepada korang ok.

Maklumat lanjut layari : 
Laman web : www.fresca.com.my
Facebook : www.facebook.com/frescabar

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





0 Pandangan: