Halal,

Dakwat Sotong Boleh Makan Tidak Haram

Selasa, Februari 14, 2017 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tadi selak-selak surat khabar semalam ada terbaca dalam akhbar Harian Metro ni yang bertajuk 'Pasi Hitam Bukan Najis'. Mula-mula tanya juga pasi tu apa tapi bila baca artikel penuh tu baru tahu pasi tu adalah dakwat hitam yang dikeluarkan oleh haiwan bernama sotong.

Gambar sekadar hiasan dari Google

Katanya sebelum ini tular dilaman sosial tentang banyak netizen memuat naik keratan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan bersidang pada 7 Disember 2011. Dalam kenyataan itu menyatakan majlis telah bersetuju mengekalkan keputusan fatwa Allahyarham Syed Yusuf Ali Az-Zawawi (bekas Mufti tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong najis kerana cecair itu kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama.

Manakala dalam keratan akhbar itu pula mengeluarkan kenyataan ahli Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang juga pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Yasmin Hanani Mohd Safian berkata "Makanan ini mengikut hukum uruf (menjadi kebiasaan masyarakat setempat) di pelbagai negara sama ada digunakan dalam makanan atau sebagai pewarna mahupun perencah dan ia boleh dimakan.” 

Pendapat sama diutarakan Timbalan Ketua Kluster Pertanian dan Makanan Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Ridzwan Abdul Rahman. Namun menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berpendapat dakwat sotong itu tidak haram dimakan jika tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Tepuk dada tanya selera ia tidak haram tapi sesetengah pihak kata ia najis namun ia buka keluar daripada arah dubur. Jadi kalau kita masih boleh rasa nak makan masih boleh tak ada masalah sedap kot Sotong Masak Hitam hurmmmm. Tiba-tiba teringat nak masak Sambal Sotong yang pedas dan menggiurkan.






6 ulasan:

  1. kita masak selalu buang.. tak tahu naper.. heheheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah saya akak nak masak sambal sotong tak perlu dakwat ni hehehehe...

      Padam
  2. dakwat sotong ni senornya menyedapkan masakan sotong tu. kak no kekadang buang kekadang x. tapi ambik sikit jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak cuba lagi masak guna dakwat ni hehehe nanti akak share resepi ok...

      Padam
  3. Fatwa Terengganu pun sama dgn Fatwa Wilayah. Iaitu harus. Boleh buat semakan

    BalasPadam