Cari Hidangan Makanan Serata Asia Pilihan Seluruh Dunia Di Restoran Kababish

Salam sejahtera kepada Semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lokasi makan yang Maha nak ceritakan kali ini adalah restoran yang mengandungi hampir seluruh hidangan Asia yang terbaik untuk korang cuba. Mana lagi kalau bukan di Restoran Kababish yang terletak di tingkat 14 - Hotel Starpoints Kuala Lumpur


Konsep restoran ini cukup simple dan mudah dengan menampilkan dekorasi timur tengah dan asia yang memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir. Paling best restoran hotel ini diiktiraf selamat kerana ia berada pada kedudukan paling atas bahagian hotel. Oleh sebab itu ia memberikan suasana pemandangan keseluruhan kota Metropolitan Kuala Lumpur semasa korang menjamu selera di restoran ini. Restoran adalah restoran halal yang diiktiraf.




Sebelum ni Maha dah cerita tentang keselesaan dan kemudahan yang ada dalam Hotel Starpoints Kuala Lumpur ni kalau korang menginap di sini. So kali ni nak tambah lagilah dengan kesedapan dan keunikan makanan yang disediakan oleh barisan chef professional daripada Malaysia dan India Selatan yang bertugas di restoran hotel ini.


Bagi Maha yang hari tu menginap di sini boleh pilih untuk makan tengahari dengan hidangan yang special. Kalau korang duduk 2hari 1malam kat sini untuk makan tenghari mereka sediakan beberapa hidangan ala-carte yang menarik seperti Baked Onion Soup untuk pembuka selera.


Lepas tu diteruskan dengan hidangan utama yang boleh pilih antara Starpoints Nasi Lemak atau nak makan western sikit iaitu Mixed Grill

Yang nasi lemak ini korang kena cuba Rendang Kerang special mengikut resepi tradisional sepenuhnya yang disediakan oleh Chef Kamarul, utara mai... 

Kemudian untuk mixed grill ini dalam tu ada udang yang besar, daging panggang, kentang bakar dan juga sosej ayam di saluti dengan butter buatan sendiri.



Maha dah cuba Semua hidangan ini memang membuka selera. Sebab tu Maha kata Semua hidangan Asia ada kat sini termasuklah western. Pulak tu korang boleh cuba dengan minuman special seperti Manggo Lassi, Strawberry Lassi dan juga Sweet Lassi. Minuman ni Semua bagus untuk orang yang berdiet. Tu untuk yang datang pasangan tapi kalau yang datang satu rombongan korang boleh order buffet.

Sayur Campur Goreng

Telur Masak Lemak

Kari Ikan Talang Masin

Ni antara menu buffet yang disediakan oleh chef mengikut keperluan tetamu yang datang secara berkumpulan. Menu buffet ini juga akan berubah setiap masa tak akan sama jadi setiap hari akan dapat hidangan yang berbeza. Juga ada buffet untuk makan malam so tak perlu risau.

Peparu Goreng Sambal

Ayam Goreng Berempah

Aneka Sambal Dan Dressing

Ulam-Ulaman Dan Rojak

Kalau yang nak buat Majlis korporat, annual dinner atau juga Majlis seperti hari jadi, Majlis persandingan, bertunang atau akad nikah kat sini pun boleh. Restoran ini mampu memuatkan seramai 150 orang dalam satu-satu masa dan juga boleh sediakan pelbagai hidangan mengikut kehendak tetamu. Mereka juga akan sediakan pentas dengan dekorasi mengikut majlis yang dikehendaki jadi perancang Majlis tak perlu gusar sebab pelamin pun boleh buat kat dalam restoran ni.


Bagi yang nak cuba makanan Asia Selatan seperti Pakistan juga tersedia kat restoran ini. Maha sendiri dah cuba hampir banyak juga hidangan untuk makan malam almaklumlah susah nak cari tempat lain alang-alang dah ada kat hotel ni teruslah buat pilihan.

Antara menu yang Maha cuba pada malam tu iaitu Cocktail Samosa yang datang dengan sos pudina seperti dalam gambar tu.Kemudian untuk makanan Utama lak Maha telah pilih Chicken Biryani dan Mutton Biryani. Kedua-dua biryani ni memang Maha berani rekmen kat korang sebab memang sedap dan rasa sangat rempah ratus dalam nasi mahupun daging ayam dan kambing yang di perap.



Tak puas hati lagi Maha order lak Karahi Mutton yang ni ayam seperti Ayam Tandori tapi tak sama dengan kedai mamak yang ni rempah perap dengan cukup dan daging yang masih lembab terbaik. Peringatan ini bukan makanan seorang ok tapi ini makan 4 orang jangan pelik pulak hehehehe.


Jadi korang risau apa kalau menginap kat hotel ini memang ada jer makanan yang sedap-sedap ni. Bagi yang jalan-jalan shopping kat area Jalan Masjid India ni tak tahu nak cari tempat makan yang selesa dan juga makanan yang bersih boleh naik ke tingkat 14 hotel ini untuk makan tengahari. Sebab mereka berkonsepkan restoran terbuka pada sapa-sapa sahaja tetamu yang ada kat area tu.


Jadi jangan anggap restoran hotel hanya untuk tetamu hotel tetapi orang luar tak boleh makan salah tu.Mereka mengalu-alukan Semua tetamu yang membeli- belah kat area tu untuk nikmati makanan special yang Maha ceritakan tadi. Tak cukup dengan tu Maha tambah lagi beberapa menu yang sempat Maha cuba pada hari terakhir kat hotel tu.




Kali ni banyak menu yang dicuba adalah hidangan barat. Memang meleleh air liurlah korang tengok post kali ni hehehe. Menu yang Maha order ini adalah set lunch yang makanan dan juga minuman disediakan dalam satu harga. Yang ni adalah set Chicken Chop dan juga set Fish and Chip yang datang bersama dengan minuman cordial dan sepiring pencucui mulut buah-buahan tempatan. Tapi Maha juga daa order satu hidangan Melayu iaitu Kampung Fried Rice. Tengok nasi goreng ni Semua ada ayam goreng ,telur goreng dan juga Keropok ikan menarik.


Selain hidangan buffet tengahari dan juga malam mereka juga sediakan Buffet High Tea untuk tetamu yang datang secara berkumpulan. Korang boleh booking sekali buffet ni dan mereka akan setupkan segalanya untuk korang. Harga boleh tengok pamphlet yang ada ni ok. So apa lagi tak cite rasanya  Semua makanan maha dah sentuhkan. Kalau rasa nak cuba boleh booking terus kat pihak restoran dan Hotel Starpoints Kuala Lumpur ini ok.

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Lamanweb : www.starpointshotel.com
Facebook : www.facebook.com/Sass3
Tel : 03 2698 1866 ext. 5/61
Fax : 03 2698 3866
Email : fnbs.spkl@starpointshotel.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





2 comments.. read them below or add one

LeYa n Otomen Taro LeYa n Otomen Taro 21 February, 2017
Nom3X... Sedapnye... Terliur LeYa tengok
Maha Mahu Maha Mahu 21 February, 2017
Hehehehe kalau terliur ajak lah abang pergi tido sana leh makan sekali hehehe..