Resepi Pertama Tahun 2017 Jagung Manis Lemak Berkrim Dari Dapur Maha

Salam tahun baru kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah kita dah masuk tahun 2017 pasti korang ada azam baru dan juga cerita baru untuk dimulakan. So Maha pun hari ni mulakan posting pertama diblog sempena tahun baru ini dengan resepi pertama tahun 2017.


Resepi Jagung Rebus Manis Lemak Berkrim atau ada sesetengah negara panggil JASUKE. Resepi ini sebenarnya dah buat tahun lepas lagi cuma tak berkesempatan nak upload dalam blog. So carry forward tahun ni sebab memang nak kongsi resepi yang dah viral ni hehehe. Maha cuba buat pembaharuan sikit ikut cita rasa Maha. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan.


Bahan-bahan memasak Jagung Rebus Manis Lemak Berkrim ini :-

1) Cheddar Cheese
2) Susu Segar Penuh Krim
3) Butter
4) Yoghurt Segar
5) Susu pekat manis
6) Jagung segar

Untuk bahan-bahan ni Maha tak letak sukatan kerana ia ikut suka-suka hati korang nak letak berapa banyak sebab setengah orang suka banyak rasa cheese. Tapi pastikan ia mengikut berapa banyak jagung yang korang nak rebus tu nanti tak cukup lak. So cara nak memasak kena tonton video ini sampai habis mesti jadi. 


Jadi apa pendapat korang tentang resepi yang Maha buat kali ni. Ni pun cedok daripada beberapa resepi yang telah viral kat FB cuma Maha ubah sikit-sikit mengikut nafsu Maha sendiri wakakaka. Korang boleh buat tambah banyak lagi nak letak kulit kayu manis pun boleh. Terpulang kerana resepi tiada batasan ia adalah ciptaan.


Hasilnya selepas rebus selama 15 minit sahaja ok. Selamat mencuba kepada semua.




6 comments.. read them below or add one

Amanda Suria Amanda Suria 03 January, 2017
Bestnyaaaa.....nanti nak buat jugak la..anak dara SA suka ni..
Maha Mahu Maha Mahu 03 January, 2017
Hehehehe.. Anak jer suka mak tak suka ker hehehe...
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar 03 January, 2017
aduh! sedapnya..dah la jagung memang makanan favorite saya..aduh..aduh..

www.ceritaejoy.com
Maha Mahu Maha Mahu 03 January, 2017
Hehehe sama lah saya suka jagung gak.. Kena cuba lah bro...
Nur Zahirah Nur Zahirah 04 January, 2017
wahh bestnyaa tengok dan mesti rasanya sedap
Maha Mahu Maha Mahu 05 January, 2017
sedap akak lemak berkrim kena cuba buat sendiri...