Ayer8,

Kayuh Sekeluarga Sambil Berseronok Dalam Beca Berlampu Di Putrajaya

Jumaat, Januari 13, 2017 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa plan korang hujung minggu ni kalau tak ada apa2 korang boleh bawa keluar ke Ayer@8 di Presint 8 Putrajaya. Apa menarik kat situ ada Beca Berlampu. Tengok seperti bentuk kereta biasa tapi ia adalah beca yang direka khas untuk hiburan sekeluarga.


Maha pun tahu pasal beca ini setelah tonton kat Majalah3 hari tu jadi memang tertarik nak pergi cuba sebab suka tengok beca berlampu. Nak pergi sini korang kena cari kawasan Ayer@8 atau juga ada dekat area Monumen alaf baru kat Putrajaya di tepi Tasik Putrajaya.


Bestnya datang sini adalah pada waktu malam kerana beca ini nampak begitu terselah kecantikannya dengan penuh cahaya disekelilingnya. Harga untuk naik beca ini hanyalah RM30 untuk beca 4 ker 5 orang manakala RM35 untuk beca yang besar boleh muat sehingga 10 orang. Tempoh masa untuk menaiki beca ini hanya selama lebih kurang 15minit sahaja melalui tepi Tasik Putrajaya.


Menariknya beca ini kita pelu mengayuhnya kerana ia tiada mempunyai enjin di dalamnya. Jadi ia satu riadah yang membuatkan satu keluarga bekerjasama untuk menggerakkan beca ini. Kalau kayuh seorang-seorang memang berpeluh juga lah nak habis.


Selain dari beca ini dipenuhi lampu disekelilingnya dalam beca ini juga ada disediakan sound system untuk korang pasang lagu yang meriah menggunakan phone masing-masing. Hanya sambungkan phone dengan peralatan sound yang disediakan pastu on sahaja lagu meriah bunyinya. 


Setiap hari minggu memang ramai org jadi korang kena datang awal untuk elak daripada bebaris lama atau datang pada hari biasa mesti tak ramai orang. Tapi bagi Maha ia kepuasan yang sementara sahaja sebab rasa macam terlalu cepat pusingan yang disediakan tu kalau boleh panjangkan laluan perjalanan beca ini baru best. Nak tahu seronok ker tak korang kena datang sendiri ker sini bawa anak-anak mesti mereka suka ok.






5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang menarik seronok bawa anak2 lah best...

      Padam
  2. siap ade lampu lip lap lip lap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lampu dan juga ada speaker boleh dengar lagu dari phone hehehe...

      Padam
  3. Kat mana kalau nk dapatkan @ ingin membeli kereta ini…

    BalasPadam