Fast Food,

Golden Teriyaki Chicken Ayam Perapan Sos Teriyaki Dan Nanas Dari Kenny Rogers Roasters

Selasa, Januari 10, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tiba masa untuk makan lagi kali ini kita makan ayam panggang special daripada Kenny Rogers Roasters. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang hujung bulan Januari ini KRR Malaysia sediakan set Golden Teriyaki Chicken.


Keistimewaan ayam panggang untuk sambutan perayaan kali ini ialah ayam diperap dengan sos terayaki dan juga rempah ratus herba bersama dengan potongan nanas. Kemudian ia dipanggang dengan kertas bungkusan untuk mengekalkan rasa dan kesedapan perapan ayam tersebut. Ada dua set hidangan yang disediakan pilihan untuk kali ini.


Set pertama iaitu Golden Teriyaki Soup Meal bersama dengan Zesty Orange Blast juga specialnya kali ini adalah Red Velvet Lava Muffin. Semua yang ada dalam set ini lengkap kot untuk korang makan seorang sebab ada nasi dan soup yang wajib kat KRR. Harga untuk set ini adalah RM23.80 sahaja.

Golden Teriyaki Soup Meal - RM23.80

Manakal set kedua pula adalah Golden Teriyaki Chicken Meal juga bersama dengan Zesty Orange Blast dan Red Velvet Lava Muffin. Yang ini set datang bersama dengan Salad dan juga nasi maklumlah orang Malaysia mesti kena makan nasi hehehe. Harga untuk set ini pula hanya RM21.80 sahaja.

Golden Teriyaki Chicken Meal - RM21.80

Sebab apa Maha cakap Muffin kali ini special kerana bukan sahaja rasa Red Velvet tapi juga dalamnya kalau dipotong mengandungi York Egg. Kuning telur masin dalam tengah tu memberi kesedapan seperti makan kuih bulan. Maha suka Red Velvet jadi muffin ni pilihan Maha sangat.

Red Velvet Lava Muffin


Promosi untuk kali ini bermula dari 3 Januari 2017 hingga 19 Februari 2017 sahaja. Jadi tunggu apa lagi setiap promosi tak lama bila Maha up jer post korang kena terus serbu ok. Seperti mana promosi sebelum ini iaitu Fun Fruity Feast tak lama jadi kena cepat nanti habis menyesal hehehe.


Bukan setakat tu sahaja promosi kali ini mereka juga ada sediakan hadiah misteri. Setiap pembelian 2 set hidangan Golden Teriyaki Chicken ini korang akan dapat 2 Ang Pow bertema ayam untuk Tahun Baru Cina kali ini. Yang penting isi dalam ang pow ni tau bukan ang pow kosong nak tahu kena makan sendiri dan dapatkan angpow ini ok.


Iklan sikit special untuk peminat ayam KRR ni korang ada peluang dalam minggu ni sahaja iaitu promosi Roasters Eating Day. Dimana dengan setiap satu set pembelian akan dapat percuma satu lagi set. Hanya untuk waktu terhad iaitu 11 Jan 2017 hingga 13 Jan 2017 sahaja. Cepat pergi mana-mana cawangan KRR dengan bawa voucher ini sekarang juga.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




0 Pandangan: