Alam Semulajadi,

Dari Dusun Kepada Lokasi Perkahwinan Dalam Taman Orchard Villa @ Gombak

Jumaat, Januari 20, 2017 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Siapa sangka dulunya hutan dan menjadi dusun tanaman pelbagai buah-buahan kini menjadi satu lokasi pilihan. Pilihan bukan sekadar untuk mencari bahan hutan tapi menjadi lokasi perkahwinan barisan artis-artis popular tanah air.


Itulah dia yang menarik tentang Orchard Villa @ Gombak. Bukan sahaja masih mengekalkan keindahan alam dan pokok buah-buahannya juga di kelilingi sungai yang menyajikan deruan air ketenangan. Pertama kali jejak kaki kat sini tak sangka ia akan merubah persepsi korang tentang dusun.



Rupanya kat jalan lama Gombak nak ke Pahang tu ada satu tempat menarik yang boleh dijadikan lokasi pelbagai memori indah dan kenangan manis. Kat Orchard Villa ini selain daripada keindahan juga kemudahan lain seperti tandas, surau, parking yang banyak, bilik persalinan dan P.A system juga lengkap.



Jadi kalau nak rancang satu majlis seperti pernikahan, persandingan, resepsi perkahwinan, pertunangan, majlis kesyukuran, majlis cukur jambul, majlis harijadi, majlis koporate, anual dinner dan apa-apa sahaja majlis boleh diadakan di sini. Janji suka pada konsep alam semulajadi dan juga kehijauan dan ketenangan pasti jalan.



Maha hari tu datang sini bukan saja-saja atas jemputan untuk majlis resepsi penyanyi popular Malaysia. Sapa lagi kalau bukan Hazama dengan pasangannya Genervie. Majlis resepsi yang sangat simple untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan artis yang rapat sahaja. Maha antara yang bertuahlah dapat jemput istimewa ini hehehe.




Tapi bukan kisah Hazama tu yang menarik minat Maha tapi lokasi yang dipilih ini. Betul-betul menyerlahkan ketenangan alam semulajadi juga konsep taman yang diidam-idamkan oleh ramai pasangan pengantin. Tengok dekorasi yang dihasilkan sangat menawan dan juga kerusi dan khemah yang disediakan luar juga kat dalam mampu memuatkan seramai 400 tetamu dalam satu masa.





Sini juga boleh jadi lokasi untuk photoshoot pre-wedding maklumlah sekarangkan dah jadi trend untuk photoshoot pre-wedding ni. Tapi kat sini cuma tak boleh mandi je kat sungai tu hehehe. Maha suka lah ingat nak juga buat majlis kat sini. Kalau bab makan tu jangan risau hidangan katering disediakan oleh Felda D'Saji yang dijamin Halal dan sedap.









Masa kenduri Hazama hari tu pun Maha makan sampai kenyang. Katanya pakej katering dan lokasi yang ditawarkan juga menarik boleh runding. Nantilah Maha fikir nak buat majlis kat sini kalau ada yang nak sponser hehehe. Tapi seronok lah datang sini tak jauh pun kalau dari KL tu hanya ambil masa 30 minit jer perjalan menggunakan MRR2 atau juga DUKE.

 


So sapa ada plan nak buat wedding ala alam semulajadi Maha rekmenkan Orchard Villa @ Gombak ini ia sangat-sangat sesuai. Jauh dari kesesakan kota dan juga segala kemudahan cukup. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pakej dan juga tawaran hebat boleh hubungi Felda D'Saji seperti di bawah ok. Selamat pengantin baru buat Hazama dan psangan moga bahagia hingga Jannah.

Tempahan dan pertanyaan.
Laman web : http://www.feldadsaji.com.my
Tel :  03-40210098 (Pejabat)
         014-2776323 (Handphone)





4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cantik tempat ni tenang dan teduh kerana ada penuh pokok keliling.

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang tenang seronok jer masa datang hehehehe...

      Padam