Cara Sebenar Orang Kuala Lumpur Menikmati Hidup Dengan KL Pass Night Out Deal

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun Maha ni dah 10 tahun duduk KL tapi tak semua tempat yang Maha jelajah masih banyak lagi. Bagaimana orang KL ni menikmati keseronokan dan kegembiraan pada waktu malam sebenarnya lebih meriah rupanya. Hanya dengan menggunakan KL Pass Night Out Deal sahaja.


Maha mula-mula tak tahu tapi setelah diperkenalkan oleh kawan dengan KL Pass ni baru tahu kita boleh sertai aktiviti sewaktu matahari terbenam sehingga lewat malam dalam cara sebenar orang KL. Mana tidaknya dengan hanya satu kad korang boleh habiskan satu malam dengan penuh keseronokan tanpa batas dan bagaikan VIP.



Kad ini memberi korang akses kepada beberapa tempat tanpa perlu buat tempahan dan dapat layanan utama. Maha dan dapat kad ini terus cuba nak tahu macam mana sebenarnya keseronokan waktu malam di KL. Kalau korang ada kad ni korang boleh makan malam di restoran special dan paling sejarah iaitu Coliseum Cafe.



Coliseum Café sudah terkenal di kalangan orang Kuala Lumpur dengan gaya hiasan zaman kolonial. Kalau korang pemegang KL Pass ni korang hanya perlu tunjukan kad ini semasa masuk restoran ni dan akan dapat layanan utama dengan 4 hidangan kursus yang ditetapkan bermula dengan pembuka selera. Kemudian hidangan paling popular di sini iaitu Hainannese Chicken Chop turut akan korang dapat.



Maha firstime datang sini rasa istimewa sebab dapat makan dalam restoran yang telah lebih 90 tahun bertapak di KL ni. Hidangan yang disediakan untuk korang pemegang kad KL Pass ni juga akan dapat pencuci mulut istimewa restoran ni. Bestnya rasa macam raja jer tak perlu buat tempahan dan bayaran semua hanya dengan tunjuk kad ni jer.



Lepas kenyang makan malam teruskan lagi kegembiraan malam di KL dengan persembahan teater muzikal yang istimewa. Perlu jalan dari restoran Coliseum Cafe pergi ker Panggung Bandaraya yang terletak sebelah dengan bangunan ikonik Sultan Abdul Samad berdepan dengan Dataran Merdeka. Kat panggung ni pula korang akan dihiburkan dengan persembahan profesional daripada team MUD.


Kat sini pun sama sebelum korang masuk panggung tunjuk jer kad KL Pass ni korang terus diberi kerusi untuk duduk menikmati persembahan. Persembahan teater ini diadakan setiap hari bermula pukul 8.30malam hingga 10.00malam. Kalau korang tanya teater apa yang mereka persembahkan ia adalah satu cerita tentang Kuala Lumpur dari mula ia membangun sehinggalah sekarang.





Teater ni ni terajui oleh pelakon seperti Anding AF dan juga mereka yang hebat dengan tarian dan nyanyian. Maha terpukau tengok persembahan mereka kerana ia menceritakan sejarah dan juga menyelitkan lawak jenaka dan interaksi bersama dengan penonton. Jadi kita tidak akan bosan dan ia dipersembahkan dalam bahasa Inggeris so pelancong luar negara pun boleh tonton akan faham.



Syok kot tonton ni memang bertuahlah kalau korang ada kad KL Pass ni tak rugi. Sebab lepas tonton teater tu hari masih muda jadi ada satu aktiviti akhir yang korang boleh buat sehingga lewat pagi dengan kad ini korang boleh masuk Zouk Club KL tanpa halangan. Cara sama jer korang sampai kat pintu masuk Zouk tunjuk sahaja KL Pass ni pada pengawal akan dapat masuk dan juga menikmati minuman ringan di dalam tu.



Korang tahulahkan apa yang ada dalam Zouk tu Maha tak perlu cerita lebih lanjut. Kalau dengan kad ini korang boleh berada dalam Zouk sehingga puas sampai pagi ok. Itu cara orang KL berhibur setelah penat seharian berkerja jadi mungkin ini juga korang boleh nikmati dengan KL Pass ni. So korang boleh dapatkan kad ini kat mana?


Bagi rakyat Malaysia dan pelancong nak dapatkan KL Pass Night Out Deal ini hanya pergi beli di KL City Gallery dekat Dataran Merdeka dan juga kat Aquaria KLCC. Juga boleh beli secara dalam talian di www.klpass.com dan perlu ambil di KL City Gallery. Harga untuk kad ini hanya RM99 sahaja dan boleh masuk 3 tempat bagaikan VIP.



Kalau korang kira harga yang sepatutnya korang bayar untuk masuk 3 tempat terbut adalah jauh lebih mahal dan dengan kad ini korang sebenarnya telah jimat RM82 untuk berhibur satu malam di KL. Rugi lah kalau korang tak dapat kad ini ia hanya dijual sehingga Mac 2017 ni sahaja. Jadi cepat dapatkan sekarang juga kerana kepuasan tiada batasan segalanya lebih mudah. Juga bagi pelancong luar negara digalakan membeli kad ini kerana ia sangat-sangat memberi kemudahan berlibur di Kuala Lumpur.

Dapatkan promosi dan tawaran hebat di sini:
Facebook : www.facebook.com/KLPASS
Instagram : www.instagram.com/klpass
Tel : 012 - 782 9739






2 comments.. read them below or add one

Nur Zahirah Nur Zahirah 31 January, 2017
wahh best jugak tu, tunjuk kad je dah dapat layanan bagaikan vip.
Maha Mahu Maha Mahu 31 January, 2017
Best akak paling seronok pergi tengok teater tu...