Food Review,

Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Dengan 5 Pilihan Nasi Kukus

Selasa, Disember 27, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok sambung lagi untuk tempat makan semasa Maha membuat pandu uji Honda Civic baharu. Kali ni makan malam dekat tengah-tengah KL mana lagi kalau bukan Restoran Warisan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah panjang kan nama tapi rasa?


Restoran ni mudah sangat nak cari terletak di dalam NU Sentral shopping mall jadi korang boleh datang naik public sahaja. Berada di tingkat LG korang boleh datang makan tenghari atau malam kat sini. Makana utama kat sini adalah nasi kukus dan juga ayam goreng berempah.



Yang unik kat sini ada pelbagai jenis nasi kukus boleh korang pilih untuk padankan dengan ayam goreng. Ada Nasi Kukus Telang, Nasi Kukus Pandan, Nasi Kukus Lemak, Nasi Kukus Putih dan Nasi Kukus Perang. Yang Maha cuba adalah Nasi Kukus Telang yang menggunakan Bunga Telang untuk mendapatkan warna biru ni macam nasi kerabu.


Yang Maha makan ni adalah set makan beramai-ramai sebab tu Ayam Goreng Berempahnya diletak banyak macma tu. Kalau yang datang bersama pasangan atau kawan-kawan boleh pilih set seorang makan. Tengok ayam gorengnya memang nampak garing dan rasa rempah dalamnya sedap.



Pulak tu korang boleh pilih kuah Telur Rebus Sambal atau Rendang Daging yang terbaik ni. Dua ni kombinasi yang sangat sesuai untuk memenuhi makan malam korang. Pastu boleh ambil Keropok Ikan untuk lagi selera tu yang Maha suka lah kat sini.


Kalau tak nak makan nasi pun ada juga makana lain seperti Mee dan juga yang ni Maha cuba adalah Satay. Rasa satay ni agak unik kerana ia bukan diperap dengan rempah biasa tapi rasa seperti satay panggang. Macam mana tu kena datang cuba sendiri ok. Selamat menjamu selera semua.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




2 ulasan:

  1. The food is so yummy..... Egg Boil Sambal is looking very tasty. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan nampak originalnya masakan Melayu hehehe...

      Padam