Besito's Survival,

Puas Bila Makan Hidangan Barat Dalam Pinggan Besar Di Besito's Survival Shah Alam

Selasa, Disember 20, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau nak cari satu restoran yang ada makanan western bersama dengan hidangan Malaysia seperti masakan Melayu, Cina dan India ini adalah lokasinya. Besito's Survival dengar nama macam agak jangal bagi kita tapi itu yang menariknya restoran ini.


Terletak di Jalan Pelabur B 23/B Seksyen 23 Shah Alam restoran ini berkonsepkan makanan western grill juga masakan tradisional. Jadi pilihan yang seimbang pada selera yang pelbagai dalam satu keluarga.
Waktu operasi:  
Isnin Tutup
Selasa - Jumaat (4.00 petang - 2.00 pagi
Sabtu dan Ahad (4.00 petang - 3.00 pagi)

 

Ini mesti cuba ok kalau datang tak order Supreme Grill atau Mix Grill ni memang rugi kerana korang tengok sendiri betapa banyak item dalam satu set pinggan ini. Dalam tu ada Kambing Panggang, Daging Panggang dan juga Chicken Wing Panggang. Semua ni sesuai untuk makan 5-6 orang tau kalau korang leh habis seorang Maha respek lah.

Supreme Grill / Mix Grill

Tu baru satu dah nampak macam kenyang sangat-sangat tapi kalau korang nak lagi boleh order kat sini Abalone Mee Raja. Tengok mee ni memang rasa macam tak boleh habis seorangkan tapi ini adalah hidangan untuk 2 orang makan. Dalam mee tu penuh dengan seafood yang banyak dan tidak kedekut dan rasa agak pedas-pedas walaupun nampak putih jer.

Abalone Mee Raja

Kalau nak lagi makanan laut yang kaw kaw korang boleh order dua hidangan special ini iaitu Chili Crab with Mantoun Bun dan juga Butter Milk Prawn. Maha suka kat roti tu sebeb rangup kat luar dan lembut dalam roti ni mereka buat sendiri ok. Semua hidangan ni berkonsepkan masakan cina betul tak kalau siapa biasa makan hidangan makanan laut kat luar sana.

Chili Crab with Mantoun Bun

Butter Milk Prawn

Satu lagi untuk selera kampung korang boleh pilih Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan. Rasa nasi goreng penuh dengan bau tomyam dan juga ayam pandan yang berempah sangat sepadan. Kalau tak nak nasi leh cuba Garlic Butter Noodles Chicken Chop terbaik.

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan

Garlic Butter Noodles Chicken Chop

Kalau untuk minuman pula korang banyak pilihan yang terbaik dengan gabungan yang mantap. Wow tengok sendirilah rupa air ni menarik bukan warna-warni. Kat sini ada beberapa yang Maha leh rekmenkan iaitu Lemon Paradise, Virgin Mojito, Fruit Punch, Shirley Temple, Virgin Colada dan akhir sekali tu I Love You.


Semua ni menyegarkan dan menghilangkan dahaga dan kepanasa setelah makan semua hidangan grill ni. Tunggu apa lagi datang-datang sekarang juga kerana memang pilihan yang terbaik kat area Shah Alam ni. Sebab tu Maha suka datang area ni kerana ia memang syurga makanan. Boleh tengok mana-mana lokasi kat Shah Alam yang Maha dan review sebelum ni semua menarik. Selamat mencuba semua.

Maklumar lanjut layari :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




2 ulasan:

  1. Wow sedapnya abam.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abam yang sedap ker makan dalam tu yang sedap wakakaka..

      Padam