Closer Kitchen,

Closer Kitchen Pilihan Makanan Barat Di Mutiara Damansara

Isnin, Disember 19, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Buat yang baca sebelum ni post Maha berkaitan dengan pandu uji Honda Civic baharu tu mesti korang akan tunggu untuk review tempat makan yang Maha tak citakan dalam tu. So Maha sambungkan review kat Closer Kitchen lokasi pertama kami berhenti untuk lunch.


Closer Kitchen ini teletak di dalam bangunan Menara TSR dekat Mutiara Damansara. Kalau orang yang jalan-jalan ke IKEA atau ke The Curve boleh singgah sini nak cuba rasa lain sikit. Konsep kafe ini lebih relax dan santai walaupun tengok dari luar macam mahal tapi kena masuk dan order sendiri makanan baru tahu rasa dan harganya.



Kafe ni menyediakan makanan barat yang memang autantik menarik untuk memberi kelainan dalam rasa pada lidah. Kafe ini ada hidangan dari sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Banyak menu yang Maha sempat tengok tapi tak cuba semua yang Maha upload ni gambar menu kawan-kawan Maha yang order ok.

Fries

Citrus Wafu Garden

Maha cuma order  kat sini adalah The Battle of Chicken Chop. Special juga rasa chicken chop yang di grill dengan rempah yang serap ke dalam. Bahagian peha ayam yang tiada tulang dalamnya makan habis tak tinggal sikit pun bersama dengan sos berkrim kentang putar serta salad lengkap.

The Battle of Chicken Chop

Kalau minuman pula korang boleh piliha jus bagi yang nak simple dan cepat juga boleh pilih dari pelbagai pilihan kopi dan teh. Jus sini semua dalam botol yang korang nampak ni ada Mango jus, Goji-Ra dan Banana. Semua jus ni ada campuran pelbagai lagi buah-buahan dalamnya menjadikan rasayang unik dan menarik.

Banana, Goji-Ra dan Mango jus

Desert pula kat sini Maha telah pilih Gula Melaka Banana with Almond Brittles memang sesuai sangat makan lepas kenyang. Sebab kemanisan gula Melaka dalamnya bersama kek pisang yang padan sangat. Banyak lagi yang menarik seperti Panna Cotta dan kek-kek lain. 

Gula Melaka Banana with Almond Brittles

Panna Cotta

Juga hidangan lain ni untuk bagi korang idealah apa yang ada kat sini dan nak cuba. Mana tahu sekali sekala nak ubah selera bukan. Kita kena rasa semua makanan batu kita rahu mana yang terbest boleh datang lagi atau rekmen pada kawan-kawan betul tak. Lokasi ni Maha rekmen pada sapa nak datang cari makanan barat yang lain. 

Beef Bolognese

The Perfect Salmon Parcel

Double Trouble

Restoran ni buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi untuk sarapan pagi dan last order pukul 8.00 malam. Manakal bagi hari Sabtu dan Ahad pula dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam. So pilihan di tangan korang mana satu yang menarik boleh cuba ok. Selamat menjamu selera.

Facebook : www.facebook.com/closercafe

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




2 ulasan: