Cara Baru Nikmati Ayam Goreng 3 Rasa Di Nomms SS15 Subang Jaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau nak makan ayam goreng mesti korang akan pergi restoran fast food yang popular tu kan. Tapi Maha ada satu lagi tempat sediakan ayam goreng yang sangat sedap tapi bukan fast food ok. Ni lah dia Nomms yang terletak di SS15 Subang Jaya.




Nomms ni juga bukan ciri restoran fine dinning atau juga kafe tapi mempunya cara tersendiri. Di mana kat sini apabila pelanggan datang kena ambil order dikaunter dan juga tunggu makanan siap dimeja. Kat sini keutamaan kena order ayam goreng lah kalau tak menyesal.



Ayam goreng ni datang dengan 3 jenis rasa yang pasti menarik hati iaitu original, pedas dan juga garlic. Kat sini ayam goreng dimasak bila dapat order sahaja jadi kena tunggu sikit lah untuk kekalkan kerangupan dan keenakan ayam tu sendiri. Kalau datang lunch ada set ayam goreng yang datang dengan 2 ketul ayam, boleh pilih nasi putih atau fries juga bersama salad dan minuman lime.

Ayam Goreng Pedas

Ayam Goreng Original

Juga set tenghari ni ada pilihan lain bagi yang nak rasa cara lain ayam goreng ni diadaptasi. Boleh pilihan set Chixx Wrap dan juga Chixx Burger. Bagi Maha yang wrap tu agak unik kerana roti yang digunakan sangat nipis dan sos dalam yang agak pedas. Tapi set untuk lunch yang Maha cite ni hanya pada waktu 12.00 tenghari hingga 3.00 petang sahaja kena datang cepat.

Chixx Wrap

Chixx Burger

Selain ayam goreng meraka ada juga hidangan lain iaitu Tempura Fish yang sangat besar dan garing. Korang tengok daging ikan yang digoreng dengan saduran tepung istimewa dimasak dalam minyak panas menjadikan ia cukup special. Hidangan ikan ni juga datang dalam set yang Maha sebut sebelum ni Fries, salad dan minuman lime.

Tempura Fish


Kalau korang perasan kat sini meraka ada server Hashtag Fries dan Wedges kan yang tu korang boleh pilih tapi kena tambah RM2 sahaja untuk mana-mana sahaja set. Apa lagi nak bagi tahu korang yang best kat sini ohh lupa mereka ada sediakan minuman yang best juga Maha order kat sini Milkshakes dan juga Floats. Float kat sini bestnya asikrim tak diletak atas tapi kat bawah pastu baru masuk minuman. 

Floats

Milkshakes

Soft Serve Ice Cream

Ok lah pada yang nak cuba kelainan ayam goreng Maha memang rekmenkan datang ker sini sebab restoran ni Mesra Muslim kerana mereka baru buka sahaja 3 bulan jadi dalam proses mendapatkan sijil Halal. Korang nak datang leh waze SS15/4 betul-betul depan Pasar SS15. Nomms ni buka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat mencuba semua.

Maklumat lanjut layari : 
Facebook : www.facebook.com/nomms.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3/5





6 comments.. read them below or add one

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 21 December, 2016
huihhhh! awat nampak sedappp gilaa ni?
Maha Mahu Maha Mahu 21 December, 2016
Jangan sedap sampai jadi gila hehehehe...
titan titan 21 December, 2016
fuhh..

camana ehh..leh dapat 3 rasa tu..
Maha Mahu Maha Mahu 21 December, 2016
Heheheh 3 rasa tu pada 3 ketul ayan yang berbeza....
SBC SBC 23 December, 2016
baca ni je pon dah terliur... tambah2 yang tempura fish tu... nampak luar biasa lak
Maha Mahu Maha Mahu 25 December, 2016
heheheh kalau dah teliur kena pergi cuba kalau tak menyesal...