Food Porn,

Las Carretas Menu Masakan Mexico Original

Selasa, November 15, 2016 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mana lagi nak cari restoran Mexico kat Malaysia ni yer. Maha ada jumpa satu restoran Mexican kat Subang Jaya. Las Carretas menyediakan makanan Mexico hebat dengan pilihan yang baik seperti Steaks, Ribs, Pasta dan Seafood. 


Restoran ni terletak di Jalan USJ 10/1F Subang UEP sangat mudah waze jer mesti jumpa. Restoran ni buka setiap hari 12.00 tenghari hingga 10.00 malam setiap hari. Bukan makanan sahaja malah hiasan dalam restoran ni penuh dengan barangan Mexico termasuk dinding bewawrna kuning terang. Maha masuk restoran ni pun terpegun sebab banyak barang yang menarik dan tak pernah jumpa silap-silap korang nak beli hiasan tu hehehe.



Pasti makan kat restoran macam ni kena mula dengan pembuka selera. Maha pilih Nachos atau Mussel Habanero & Crispy Chips Corn membangkitkan nafsu makan. Lepas tu Maha order pula untuk makanan berat Filete de Salmon Asado a la Parilla. Maha ni memang suka ikan salmon jadi menu ni pilihan Maha.



Kawan Maha pula telah pilih Wagyu Cheeks dengan makanan daging yang sedap bersama rempah ratus dan dimasak dengan sempurna. Semua ni memang membuatkan kita rasa nak makan lagi dan cuba semua sebab semua sedap-sedap.


Selain daripada apa yang Maha makan tu mereka juga menyediakan seperti Fajitas, Camarones Ajillo, Chimichangas, Quesadillas, Enchiladas, Tacos, Guacamole, Nachos, Back Ribs, CAAB Short Ribs, US Rib-eye, Australian Grain-Fed Rib eye, T-Bones, Home-Smoked Short Ribs dan Home Smoked Beef Brisket.


Nak cuba semua tak berani sebab takut campuran yang digunakan. Restoran ni tak ada sijil halal jadi kalau korang rasa nak datang tak ada masalah. Apa pun mereka ada 3 cawangan iaitu Subang, Ampang dan Damansara Heights. Selamat menjamu selera semua ok.


Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5



5 ulasan:

  1. Nanti saya pergi.
    Saya pun nak beri rating.

    Sambil blogwalking:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena datang memang best.. boleh bagi rating

      Padam