Dapur,

Ibu Mengandung Dilarang Tengok Resipi Kedondong Asam Boi Ni

Rabu, November 16, 2016 Mahamahu 11 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Banyak rupanya buah yang boleh dibuat Jeruk Asam Boi ni yer. Maha sendiri pun cuba beberapa jenis buah sebelum ni Maha guna buah Mangga dan satu lagi resipi Maha guna buah Rambutan.


Tapi kali ni Maha gunakan pula buah Kedondong yang jarang kita jumpa kat KL ni. Kalau pandai cari boleh lah jumpa sebab sekarang buah ni berbuah tak ikut musim. Sebab teringin jadi lah buah Resipi Kedondong Asam Boi yang mudah dan sedap ni. Orang-orang yang mengandung dilarang tengok resipi yer takut ada yang mengidam hehehe.


Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha guna untuk membuat resipi ini.

600 gram Buah Kedondong
2 sudu besar Madu
4 biji Cili Padi
10 biji Asam Boi
2 sudu besar Serbuk Asam Masin
 


Walaupun resipi ni nampak mudah tapi Maha buat juga video yang singka tini agar korang leh ikut step by step ok.



So bagaimana rasa mudah tak nak buat. Sebab tu kita boleh cuba satu resipi kepada pelbagai jenis bahan lain. Mana tahu jadi sedap dan boleh kita makan. Terima kasih pada yang dah pernah cuba resipi Maha yang sebelum ini. Kalau korang rasa nak share mana-mana video di Youtube Mahamahu boleh sahaja tiada larangan ok. Selamat mencuba semua.





11 ulasan:

  1. Mengandung ke tidak, tetap jugak nak nengok..hahaa!..terliur dah weyhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakakaka jangan salahkan kita kalau lepas tgk ni nanti mengandung pulak eeehhh...

      Padam
    2. Huwaaaa...merecikkk..ko mmg kejam la maha.....mana plak nak cari ni....

      Padam
    3. Hehehe kat pasaraya Hero ada jual buah ni...

      Padam
  2. Nyam nyammm...sedap ni

    BalasPadam
  3. amboi maha... zaza ni dah la hantu segala buah2 asam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah tahap hantu ni bahaya kena jumpa bomoh wakakakaka..

      Padam