Buffet,

Buffet Rasa India Untuk Makan Malam Di TEMPTationS Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Isnin, November 14, 2016 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hidangan india dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum ni. Nak cari pun tak susah kerana merata temat ada. Tapi nak cari yang betul-betul disediakan oleh Chef jemputan dari Negara India sendiri agak sukar.


Di TEMPTationS Hotel Renaissance Kuala Lumpur ada membawa Chef Himanshu Roye terus dari Negara India dalam menyediakan masakan original negara tersebut. Menggunakan kepakaran yang sebenar dan juga rempah ratus asli pastinya hidangan kat sini memang menyelerakan. Maha berkesempatan untuk singgah makan di hotel ni memang terbaik.

Chef Himanshu Roye sedang membuat demontrasi masakan Khurchan

Pasti kalau makanan India tidak lepas dengan kari dan juga rempah ratus lain. Paling special untuk buffet makan malam kali ini adalah Khurchan. Ni firstime Maha dengar nama makanan ni walaupun selalu pergi cuba makanan India tapi ini agak unik. Untuk hidangan ni chef profesional akan memasak secara live depan tetamu yang hadir.


Khurchan ini adalah gabungan Pav Bhaji iaitu campuran sayur-sayuran yang dimasak bersama rempah dan Keema adalah gabungan daging iaitu ayam atau kambing juga dimasak dengan rempah rahsia. Hidangan ni dimasak dengan api yang perlahan dengan dapur panas dan boleh dimakan bersama dengan roti prata atau makan dengan nasi. Maha dah cuba memang terangkat.

 







Lepas tu juga ada pelbagai lagi hidangan India lain yang memang tak sama dengan masakan India di Malaysia. Walaupun nampak macam biasa di Malaysia tapi rasa memang lain dari pada yang ada di Malaysia. Korang boleh cuba Nasi Briyani, Tandori Ikan, Chicken Tikka dan Tandori Lamb Chops. Pastu kat bahagian dessert pulak macam biasa ada Laddu dan juga Gulab Jamun

Juga menyediakan menu masakan antarabangsa


Selain makanan India mereka yang mengambil pakej buffet dinner kat sini juga boleh nikmati hidangan lain yang ada disediakan bersama. Jadi tak adalah bosan satu jenis sahaja kan ada lagi variasi masakan Melayu, China, Jepun dan juga Italian. Banyak sangat makan jadi Maha bagi gambar kat korang agar boleh bayangkan macam mana rupanya hidangan ni.







Juga kat bahagian pencuci mulut tu ada manisan yang popular seperti Kek Red Velvet, Kek Pandan Tiramisu dan macam-macam lagi. Cuma jangan makan banyak lah nanti potong kaki lak hehehe rasa sikit-sikit boleh lah. Pastu ada juga buah-buahan dan pelbagai lagi jenis roti bersama dengan soup pilihan. 






Apa tunggu lagi dengan hanya harga RM145 nett seorang dewasa manakal seperuh harga untuk kanak-kanak umur 6 hingga 12 tahun. Promosi untuk dinner ini telah bermula dari 11 Nov dan akan berakhir pada 30 Nov 2016 sahaja. Kat mana pastinya TEMPTationS yang terletak di Eat Wing level lobi Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Datang dan booking tempat korang untuk sekali sekala rasa hidangan masakan India original ni. Selamat mencuba semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi 
Tel : 03 2716 9388
Email : rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com
Facebook : www.facebook.com/RenaissanceKL

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Sedapkan walaupun jarang dapat makan tepi tetap rasa sedap..

      Padam
  2. Balasan
    1. Hehehehe sedap makanan India ni sebenarnya..

      Padam
  3. wow bestnya. sedap2.

    nice blog!

    www.liahasty.com

    BalasPadam