Santai Makan Bebola Pun Boleh Kenyang Di Meetball & Co. Ayer@8 Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kadang-kadang kita tak sempat nak lunch dan ada sesetengahnya diet tak nak makan berat-berat. Tapi kalau makan protein sekali sekala apa salahnyakan. 


Kali ni ada satu restoran yang terletak di Ayer@8 Putrajaya yang menghidangkan makanan berbola. Meetball & Co. adalah satu tempat makan yang menarik juga untuk warga Putrajaya nak cuba. Masa datang makan kat sini memagn dah target nak makan meetball walaupun mereka ada sediakan hidangan lain.


Kat sini ada langkah demi langkah yang disediakan untuk membuat tempahan di kaunter kerana meraka tidak layan kita dimeja. Langkah pertama kita kena rancang meetball apa yang kita nak pilih. Di sini ada 4 jenis bebola iaitu daging, kambing, ayam dan bebola sayur.




Kemudian langkah kedua pula kena pilih sauce pilihan korang iaitu di antara black paper, mushroom, chili sauce dan satu lagi tak pasti nama apa. Last sekali korang kena pilih pula 2 side dish daripada rice pilaf, coleslow, salad, steamed potato, mashed potato dan french fried




Jadi korang akan dapat 7 ketul bebola yang korang pilih tadi. Lagi best korang boleh campur semua jenis meetball tadi. Tapi bagi yang nak makan berat sikit lagi boleh cuba Roasted Chicken Leg, Baked Salmon, Chicken Wings, Fish & Chip, Chicken Curry Pie, Chicken Pie dan Tuna Puff

Beef Meetball (RM 15.90)

Banyak juga pilihan makanan kat sini tapi sebab namanya Restoran Meetball jadi Maha telah pilih Beef Meetball dengan Black Paper sauce dan 2 side dish lagi adalah Mashed Potato dan nasi lah hehehe. 

Meetball Pasta (RM 14.90)

Selain dari makan bebola macam tu jer boleh juga korang masukan bebola tu dalam roti atau namanya Meetball Sub yang dihidang dalam roti panjang bersama sauce. Juga boleh masuk dalam Meetball Pasta yang ada dua pilihan iaitu Penne atau Marinara Spaghetti. Semua ni menarik dan boleh dicubalah. Harga juga berpatutan dah tidak mahal termasuk minuman. Selamt mencuba semua. 

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3/5
Harga : 3/5




{ 10 comments.. read them below or add one }

Rozita Abdul Rahman Rozita Abdul Rahman 28 September, 2016
menarik... macam stail fast food la ni kan?
Maha Mahu Maha Mahu 28 September, 2016
Yes macam fast food special makan bebola jer hehehe....
Maha Mahu Maha Mahu 28 September, 2016
Memang sedap sebab bebolanya pun boleh tahan besar puas lah kenyang..
Maha Mahu Maha Mahu 30 September, 2016
Yes datang kena makan meetball jer hehehehe
Cengkenit Cengkenit 02 October, 2016
agaknya mana sedap dgn meat ball ikea ??
Maha Mahu Maha Mahu 17 October, 2016
Sedap lagi kat sini Ikea kuahnya ada tambah jemkan...