Nak Jimat! Ayam Penyet Ambia Pilihan Paling Tepat

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Semua orang kalau boleh nak jimat nak makan sedap tapi murah betul tak. Tapi sekarang ni ada ker tambah-tambah lagi kat KL ni. Mana nak dapat harga RM5.00 makan dan minum dalam satu set. Tambah-tambah makan kat Ayam Penyet Sumatera atau Ayam Penyer Express.


Itu keistimewaan yang membuatkan restoran Nasi Ayam Penyet Ambia ini menjadi begitu ramai orang setiap waktu makan terutama tenghari. Dengan hanya RM5.00 korang boleh dapat satu set Nasi Ayam Penyet dan juga Teh O Ais.

Dalam set ayam penyet ni biasalah ada Ayam Goreng, Tempe Goreng sekeping Sayur Kubis, Sup dan juga Sambal. Bagi Maha yang pernah cuba sambalnya sangat-sangat pedas dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Sup tu ok lah ada rasa dan tempe goreng juga sayur sekadar pelengkap hidangan ni.

Tapi ayam penyet ni bagi Maha biasa sahaja tak adalah yang urhmpp seperti Ayam Penyet lain cuma harga sangat-sangat berpatutan. Sesuai untuk orang sekarang yang cari sesuatu murah dah boleh kenyang. 


Maha dah cuba makan kat cawangan Star Mall Mentakab masa balik cuti Raya Qurban minggu lepas. Sebab tengok ramai sangat orang datang makan jadi nak tahu apa yang menariknya. Tapi bagi korang yang nak makan masakan lain tak ada jual kat sini mereka hanya fokus untuk Nasi Ayam Penyet jer. 

Kalau minuman tu adalah macam-macam boleh pilih tapi harga lain pulak. Cuma Maha suka pekerja kedai ini begitu cepat dan pantas dalam melakukan tugas masing-masing. Sebab tu kot orang sentiasa penuh dalam restoran ni.

Restoran Cawangan Slim River

Ayam Penyet Ambia (A.P.A) ini kalau Maha tengok kat banner mereka ada lebih dari 6 cawangan. Ada kat Bandar Mentakab, Simpang Songsang, Jerantut, Paya Luas, Persiaran Damai Court tu kat Pahang. Pastu buka kat Facebook mereka ada cawangan kat Tanjung Malim dan Slim River di Perak. Yang lain tu tak pasti mungkin ada lagi.

Tapi buat orang Malaysia yang nak jimat dan makan kenyang sini tempatnya. Korang boleh datang makan sekeluarga kerana ia menjimatkan tak ada banyak pilihan. Selamat mencuba dan selamta menjamu selera.


Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 2.5/5
Harga : 4/5




2 comments.. read them below or add one

Sobri Mansor Sobri Mansor 21 September, 2016
Murah dan yang paling pasti kena berbaloi la.... kan....
Maha Mahu Maha Mahu 22 September, 2016
Betul setuju sangat patut buka kat KL kan..