Mencari Makan Tengah malam Di Nasi Lemak Pandan Mieeza Pandan Indah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang KL ni memang suka makan malam-malam sanggup mencari makanan sejauh mana letaknya janji sedap betul tak. Maha sendiri pun kadang-kadang drive untuk cuba makanan yang orang viralkan sedap tu. 



Macam Nasi Lemak Pandan Mieeza ni kalau orang area Pandan Indah atau Ampang dah tahu tentang kesedapan Nasi Lemak ni. Maha pula baru berkesempatan nak mencuba nasi lemak ni sebab tu lah jauh dari rumah jadi nak kena tunggu masa yang sesuai.


Bila berkesempatan hari tu singgah kat gerai nasi lemak ni memang teruja sangat nak cuba.
Diusahakan keluarga blogger terkenal saudara Kamil Salleh atau pemilik blog Sensasi2020. Gerai ni ada betul-betul kat depan pintu Mid Point Shopping Centre Pandan Indah.



Nak cari senang jer gerai ni ada banner tulis Nasi Lemak Pandan Mieeza. Gerai nasi lemak ini buka dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam. Jadi sesuai sangat untuk orang-orang KL ni cari makan malam-malam. 


Special nasi lemak ni berbanding dengan nasi lemak lain adalah nasinya yang berwarna hijau. Menurut kata pemiliknya nasi ni dimasak dengan perahan air daun pandan jadi sebab tu special sangat. Kemudian kesedapan lain letak pada sambal yang begitu seimbang ada rasa pedas dan juga manis-manis maklumlah orang Ganu.






Lepas tu pula kalau korang datang nak beli nasi lemak sini paling banyak pilihan lauk pauk yang menarik. Ada Sambal Udang, Sambal Kerang, Rendang Ayam, Ayam Goreng, Telur Mata, Daging Goreng dan Ayam Masak Merah. Pastu lagi special ada Ikan Keli Masak Cili dan paling Maha suka adalah Sambal Sotong sebab mereka tak gunakan sotong keras yang besar tu tapi sotong yang bulat-bulat.


Harga sangat berpatutan mengikut lauk pauk yang korang nak ambil. Selain nasi lemak mereka juga ada nasi putih boleh makan bersama lauk pauk tu. Maha beli sampai dua bungkus hari tu hehehe sedap tengok sedap sangat. Korang yang rasa malam-malam nak cari nasi lemak datang lah kat sini mesti tak menyesal punya. Selamat mencuba semua ok.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




{ 8 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 26 September, 2016
Maha kejam...pepagi tayang nasi lemak...nasi lemak kerang satu!!!!
adda syuhada adda syuhada 26 September, 2016
This comment has been removed by the author.
cikpinz cikpinz 26 September, 2016
CP dah cuba nasi lemak Abe kamil ni. Memang sedap.
Maha Mahu Maha Mahu 26 September, 2016
Hehehe nasi lemak pagi dan malam sedap makan. Siap Nasi Lemak Kerang hehehehe
Maha Mahu Maha Mahu 26 September, 2016
Nampak gambar tuan CP kat gerai tu hehehe.. Terbaik lah..
kamil salleh kamil salleh 26 September, 2016
Amanda Suria.... Ambo tunggu demo mari.
kamil salleh kamil salleh 26 September, 2016
Jutaan terima kasih bro MahaMahu blogger makan yanghebat sudi singgah dan review tentang nasi lemak pandan mieeza.
kamil salleh kamil salleh 01 October, 2016
Terbaiklah.... review MahaMahu tentang nasi lemak pandan Mieeza nie...

Ramai dah blogger yang daang singgah beli dan review berkaitan tempat ini.