Dapur,

Masa Anak Bujang Masuk Dapur Sediakan Resepi Masak Kicap Ayam Soy Sauce Mak Siti

Khamis, September 08, 2016 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa ibu-ibu yang ada anak bujang kalau nak ajar memasak boleh baca kat sini. Sebab Maha mewakili orang bujang yang nak belajar memasak. Sedap dan cepat hehehe berangan jer kan tapi Maha cuba2 jer.


Kali ni satu lagi resepi mudah yang Maha selalu makan tapi tak selalu masak. Resepi Masak Kicap Ayam Soy Sauce menggunakan serbuk rempah Mak Siti. Kenapa Maha gunakan rempah Mak Siti ni? Bukan nak promote tapi Maha baru sahaja mencuba dan terus terpikat sebab rasa asli dan tulen.



Lagi pun gunakan rempah ratus Mak Siti ni mudah tak perlu nak cari bahan-bahan yang banyak. Tengok lah bahan-bahan yang Maha guna ni korang boleh dapatkan kat sekeliling kita. Jom kita tengok macam mana menyediakan resepi kali ini ok.

Bahan-bahan penyediaan resepi Masak Kicap Ayam Soy Sauce Mak Siti.


25gram Serbuk Rempah Masak Kicap Daging Mak Siti
250gram daging Ayam
1 biji Bawang Kuning
1 inchi Halia
2 ulas Bawang Putih
3 biji Tomato
2 helai Daun Sadri
1 sudu Kicap Pekat
1 sudu Kicap Cair
2 sudu Minyak Masak
Garam secukup rasa


Maha menggunakan kicap soya sebab tu dalam resepi ni ada nama Soy Sauce tu. Ia lebih sedap dan lemak korang boleh guna kicap lemak manis atau kicap pedas. Korang boleh guna kicap apa2 jenama pun tak kisah.

Cara-cara memasak kena tonton video penuh kat sini sampai habis ok.





Cepat jer kan buat resepi ni tak sampai pun 2 minit hehehe. Korang boleh follow step by step mesti tak silapnya yang pasti sedap hehehe. Tapi kena guna serbuk rempah Mak Siti tau. Korang boleh juga gantikan ayam dengan daging lembu atau juga daging lain yang korang nak buat masak kicap.

Selamat mencuba semua ok. Korang juga boleh tonton video di bawah ini cara memasak yang disediakan oleh Mak Siti dengan lebih mudah dan sedap.

1) https://youtu.be/RcY5QWTzs-g
2) https://youtu.be/_Sn__0HPriM






5 ulasan:

  1. saya nak cakap, berapa rm ke di malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga satu packet ini lebih kurang RM2.50

      Padam
  2. wow...bestnya lepas saya share pula kat kawan wanita yang masih bujang supaya pandai masak ..he.he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe share jer bro biar manfaat pada semua. TQ

      Padam
  3. terimakasih informasinya apakah ada Lowongan Kerja Lampung yang masih dibuka pak?

    BalasPadam