Cuti-Cuti Malaysia,

Jambatan Gantung Kuala Semantan Tarikan Di Bandar Temerloh - Visit Pahang 2017

Jumaat, September 23, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha sebagai anak Pahang bangga kerana menjadi orang Pahang. Paling best menjadi orang Temerloh yang cukup popular dengan Ikan Patinnya. Kalau datang sini tak sah tak singgah makan di Gerai Makan Pak Usop tepi Sungai Pahang.


Maha kalau balik kg akan makan masakan mak lah sebab sedap sangat. Sapa nak boleh jer datang rumah kat Jengka untuk makan Ikan Patin Masak Tempoyak. Ok itu cite pasal makan tapi sebenarnya kat Temerloh ni ada lagi banyak daya tarikan lain.


Jambatan Gantung Kuala Semantan adalah satu lagi lokasi yang kena datang bila dah sampai sini. Jambatan ini terletak di kawasan Esplanade Temerloh iaitu kawasan rehat dan riadah orang-orang di sini. Betul teletak ditebing sungai Pahang jambatan ini menghubungkan Esplanade Temerloh sebagai menara A ke Dataran Patin sebagai menara B.



Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dari aras laut yang mampu untuk mengelak dari banjir melandar sepanjang Sungai Pahang. Panjang jambatan ini pula 86 meter dan boleh dilalui 4-5 orang sahaja dalam satu masa.


Kalau naik jambatan ini memang agak gayat dan juga korang boleh lihat keluasan dan suasana sungai Pahang. Kadang-kadang boleh nampak orang menaiki boat dan juga kita boleh menaikan boat tersebut untuk ke seberang sungai Pahang tu. 


Kalau waktu malam ni pun ada orang datang lepak kerana kawasan ini sejuk dan tenang sahaja. Malam kat sini disinari cahaya daripada tulisan perkataan TEMERLOH sendiri. Pada waktu pagi setiap hari Ahad pula kat sekitar kawasan ini juga ada Pasar Sehari. Pasar yang penuh dengan orang berniaga pelbagai barang sangat sesuai di kunjungi kerana korang akan jumpa macam-macam kat sini.


Esplanade Temerloh ni Maha selalu datang untuk relax dan chill dengan kawan-kawan waktu petang memang ramai orang kat sini. Tapi kalau korang datang hujung tahun kawasan ni banjir tenggelam. Kalau banjir teruk tahun 2014 air banjir boleh cecah jambatan gantung tu. Korang leh tengok gambar2 banjir kat kawasan Esplanade Temerloh ni yang Maha sempat ambil tahun tu tak ingat lak.


Nanti Maha akan citekan lagi banyak perkara menarik di daerah-daerah yang ada dalam negeri Pahang ni. Sebab tahun 2017 telah diistiharkan sebagai tahun melawat Pahang. Jom HoGOh Pahang 2017 banyak aktiviti dan perkara menarik bakal berlaku. Selamat bercuti ker negeri Pahang.






2 ulasan:

  1. Oit, tak pernah tau pula..
    Bole la singgah akhir bulan ni..

    Kita pun orang Pahang, tapi Kuantan je la.. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh mungkin sebab jauh kot hehehe.. tapi kawasan ni dah laam buka..

      Padam