Food Review,

KFC Memperkenalkan Ole Ole Rice Wrap Dalam Parti Bersama Alif Satar Dan Kaka Azraff

Rabu, Ogos 24, 2016 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pemeniat KFC macam Maha ni kerana boleh kata setiap bulan akan beli KFC bawa balik kampung untuk mak ayah sebab mereka pun peminat KFC sebenarnya. Tapi kali ni boleh bawa balik Ole Ole Rice Wrap yang baharu.


Macam mana rupa Ole Ole ni? Kalau korang tengok kat dalam iklan dah ada dan kat semua cawangan KFC korang dah boleh dapat hidangan baharu ni. Jangan risau KFC harga mampu beli oleh semua rakyat Malaysia. Ia juga ada set kombo dan juga 'Box Meal' untuk mudahkan pembelian secara pukal.

Isi Dalam Ole Ole Rice Wrap


Apa pulak isi yang ada dalam Ole Ole Wrap ni? Masa Maha makan sempat jugakan buka dan tengok ada yang mereka isikan dalam hidangan ni. Pasti ada kepingan Zinger rangup bersama dengan Nasi Mexico. Nasi ni yang buatkan hidangan ini unik.


Selain tu juga dalam tu ada sayuran segar seperti Tomato, Timun dan Bawang dipotong dadu yang disempurnakan dengan mayonis dan special Sos Salsa Mexico. Semua padat dalam satu gulungan Roti Tortilla hangat. Membuatkan ia meletop dalam mulut bila korang menikmatinya hehehe.



Ole Ole baru ni pula digadingkan dengan kentang baharu iaitu 'Golden Potato Bites' dan juga minuman ringan Mountain Dew. Ia lengkap untuk satu set yang simple dan mengenyangkan.
 

Bermain Bersama Alif Satar Dan Kaka Azraff


Pada malam parti meraikan peminat Ole Ole Rice ni Maha dapat makan bukan satu ok tapi 3 Ole Ole. Siap dapat bawa balik lagi untuk orang kat rumah ni nak cuba juga yang terbaru dari KFC. Parti tu telah diadakan pada 18 August bertempat di KFC The Curve Mutiara Damansara baru-baru ni.



Bukan setakat makan yang banyak disediakan oleh pihak KFC tetapi juga kami dihidangkan dengan persembahan daripada dua artis yang cukup popular sekarang ni. Kalau sebut #AhnafWafiy mesti dah ramai tahu sapa dia mesti lah Alif Satar. Juga ada bersama Kaka Azraff dan kedua2 mereka mendendangkan lagu popular mereka.



Meriah pulak malam KFC bermurah hati nak bagi hadiah kepada peminat dan media yang datang malam tu. Mereka anjurkan pemainan yang menyeronokan dengan melibatkan semua orang juga barisan artis yang sporting ni. Maha pun menang juaran lagi geng dengan Alif Satar ok. Terima kasih KFC dapat voucher Gold Class GSC wow.



Rugilah sapa yang dapat jemputan tak datang malam tu hehehe. Tapi yang penting mereka nak memperkenalkan Ole Ole Rice Wrap yang baharu ni kepada semua. Bagi Maha kalau nak ranking Ole Ole Wrap ni Maha boleh bagi 3/5. Yang penting korang kena makan dalam keadaan yang panas dan baru diserve kepada korang jangan tunggu lama-lama ok.

Harga Ole Ole Rice Wrap


Dari segi harga pula KFC Ole Ole Rice Wrap hanya dengan harga RM8.90 untuk hidangan kombo dan pula RM12.90 untuk hidangan 'Box Meal' yang mengandungi Ole Ole Rice Wrap, satu ketul ayam goreng, Golden Potato Bites dan minuman Mountain Dew. Harga ok mampu dibeli oleh semua rakyat Malaysia.



Jadi tunggu apa lagi dapatkan sekarang kat semua cawangan KFC berhampiran korang makan bersama dengan keluarga macam Maha atau juga makan dengan kawan2. Mesti best layan ok. Selamat mencuba.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5







6 ulasan:

  1. mcm lama sangat dah tak makan kfc..kecuali kalau nak cepat je dan ringkas..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh tu tanda lama sangat tu.. Kena pergi cuba yang baru ni...

      Padam
  2. KFC sentiasa je ada resepi atau menu baru dan ini memberi banyak pilihan kepada pelanggan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ikut selera rakyat Malaysia hehehehe bagus kan...

      Padam
  3. Nampak kepada iklan yang mereka siarkan, nampak macam sedap je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap rasa lain dan mengenyangkan...

      Padam