Buffet,

Kehangatan Olympic RIO Dirasai Di 'Latino Fiesta' Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Isnin, Ogos 15, 2016 Mahamahu 2 Comments

Kehangatan Olympic RIO Dirasai Di 'Latino Fiesta' Hotel Renaissance Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalin. Orang Malaysia tak lepas ikuti Sukan Olympic RIO yang tengah hangat di semua saluran tempatan. Ditambah lak Malaysia mendapat pingat Perak pertama melalui acara papan anjal. Kini di Hotel Renaissance Kuala Lumpur kita dapat nikmati makanan hebat di bawa dari negara Amerika Latin tu. 



"Latino Fiesta" akan berlangsung di sana bermula daripada 12 August 2016 - 28 August 2016. Pelbagai hidangan makanan Amerika Latin akan di hidangankan oleh chef jemputan iaitu Chef Pablo Crespo. Siap bawa tukang masak dari sana lagi mesti hidangan meletop kebaboom. Jadi pada yang tak dapat pergi negara Amerika Latin masih boleh nikmati hidangan special mereka yang dibawa oleh Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Chef Pablo Crespo

Disediakan daripada campuran bahan-bahan segar dan berperisa, korang akan berpeluang untuk menikmati Ikan Brazil Panggang dengan Sos Oren, Catrachas Baleadas dari Honduras, Empanadas Chile, Argentina Churrasco dengan Sos Chimichurri, Colombia Posta Cartagenera, Salvadorean Pupusas dan Mexico Brownies dengan Cili.

Argentinian Churrasco with Chimichurri Cauce

Guatemalan Tortilla Soup

Dalam fiesta ini juga korang akan dapat menikmati bufet makan malam dengan koktel setiap petang. Suasana akan pasti lagi hebat pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan persembahan muzik live di Lobby Lounge bersama hidangan Chile Pisco Masam, Caipirinha Brazil dan Mexico Michelada

Quesadillas

Apa tunggu lagi harga kalau nak tahu bufet makan malam berharga RM145nett seorang dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak antara 6 hingga 12 tahun. Rasa berbaloi tak dari korang nak pergi sana jauh untuk makan sama seperti apa yang disediakan oleh hotel ini.

Peruvian Ceviche

Boleh tempah mulai sekarang dan untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi 03 2716 9388 atau e-mel rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com. Tempahan dalam talian boleh dibuat di www.klrenaissance.com/dining. Harga termasuk 10% Caj Perkhidmatan dan 6% Goods & Services Tax (GST).

Boleh like atau follow mereke di sosial media:-
Instagram : @Renaissancekualalumpur 





2 ulasan:

  1. salam..

    sedap nampak..nyummyyy ^o^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan hotel 5 bintang mesti lah huhuhuhuh..

      Padam