Domino,

Fabulous Four Menggabungkan 4 Yang Popular Dan Kegemaran Anda Dari Domino's

Khamis, Ogos 25, 2016 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Domino's setiap bulan selalu buat promosi dan juga tawaran hebat kepada peminat pizza di Malaysia. Buat masa singkat ini mereka mucul pula dengan Fabulous Four yang pasti membuat korang lebih mudah nikmati sidde dish dengan pizza.



Pada sesi pengenalan Fabulous Four ini kepada blogger bertempat di Domino's Subang Perdana baru-baru ini memang puas makan. Bukan setakat pizza yang pelbagai daripada Domino's malah juga dapat makan Fabulous Four tu sepuasnya. Tengok lah ibu-ibu dan anak-anak gembira sekeluarga seronok dapat makan Domino's Pizza ni.

4 Isi Menarik Dalam Satu Kotak


Apa 4 yang menarik dalam Fabulous Four ni? Mesti ramai bertanya bukan ok lah Maha tunjuk sikit ia adalah gabungan 2 menu yang manis dan 2 menu yang tidak manis dalam satu kotak. Kotak yang mengandungi ayam, Drummets Roasted Chicken. Kemudian roti yang paling laris di Donimo's iaitu Cheesy Mozzarella Stix. Satu lagi kegemaran semua iaitu, Garlic Cheese Onion Rings dan pencuci mulut Cinnadots Mini bersama sos manis.


Drummets Roasted Chicken

Garlic Cheese Onion Rings

Cinnadots Mini

Cheesy Mozzarella Stix

Jadi lepas ni kalau korang order Fabulous Four ni akan dapat 4 sekali gus tak perlu lagi order side dish satu-satu. Lebih jimat dan lebih mudah. Manakala harga yang ditawarkan untuk satu kotak ini adalah hanya RM19.90 sahaja. Boleh ambil dengan pakej pizza lain yang ada.

Promosi Hebat Dari Domino's 


Korang juga boleh menikmati nilai yang lebih besar dan penjimatan sebanyak RM23.60 dengan promosi 2 Tawaran Pizza berterusan di Domino ini bersama Fabulous Four. Memilih 2 tawaran pizza biasa daripada hanya RM30.00 manakala 2 tawaran pizza besar boleh didapati dari RM50.00. Lebih daripada itu, satu set 2 Xtra pizza besar boleh didapati daripada hanya RM70.00, terktakluk terma.





Domino's juga meraikan pembukaan cawangan kedai ke 165 di Malaysia iaitu di Taman Putra Sulaiman Ampang. Menjadikan jenama pizza ini paling kukuh di Malaysia. Bagaimana korang nak tahu semua promosi dari Domino's dan tawaran hebat seperti ini layari sahaja laman web mereka sekarang juga. 

Order sekarang di :-
Laman web : http://www.dominos.com.my
Call : 1-300-888-333

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 5/5
Harga : 4/5





6 ulasan:

  1. menarik fabulous four tu! harga pun murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik dan sedap best byk pilihan dalam satu harga...

      Padam
  2. menariknyaaa. sedap2 lak tu. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dah semestinya lepas ni makan pizza boleh order side dish ni..

      Padam
  3. sedap kan.. qeram cakap yg onion ring tu donat.. hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Donut rangup wakakak tapi semua sedap kan akak..

      Padam