Chef Sherson Lian,

Cabaran Memasak Menggunakan Produk Hitachi Microwave Oven Dan IH Rice Cooker

Selasa, Ogos 09, 2016 Mahamahu 4 Comments

Cabaran Memasak Menggunakan Produk Hitachi Microwave Oven Dan IH Rice Cooker - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa kat sini rumah dia ada produk Hitachi seperti Hitachi Microwave Oven dan IH Rice Cooker. Korang memang hebatlah kerana dua produk ini baru bagi Maha dan buat pertama kali menggunakannya. Tak adalah sukar sangat kalau ikut manual memang boleh dapat.


Itulah cabaran yang Maha sahut dalam pertandingan memasak "Hitachi Share & Greet Cook Off Challenge" last week. Macam mana Maha boleh terjebak dalam semua ini bermula kat Facebook Hitachi la, mereka ada buat contest untuk hantar resepi masakan raya yang korang paling suka. Jadi Maha cubalah hantar resepi "Rendang Daging Masak Dendeng Bonda" dan kena minta kawan2 mengundi.


Tup tup tak sangka Maha tersenari top 4 yang terpilih untuk peringkat akhir memasak. Maha yang jarang masuk pertandingan memasak ni tak tahu nak buat apa maklumlah selalu memasak kat rumah jer tak ada pula nak bertanding ni selepas 5 tahun tak masuk pertandingan memasak ni. Peserta yang 3 orang lagi tu tak kurang hebat korang mesti kenal kalau Maha sebut nama sapa lagi kalau bukan Falihin, Kak Norashikin dan Lim Zhee. 



Hari pertandingan tu kami disediakan dengan semua bahan2 yang disenaraikan termasuklah kena menggunakan 2 produk Hitachi Microwave Oven dan IH Rice Cooker. Berdebarnya hanya tuhan jer tahu hari tu nak memasak resepi nak bagi juri profesional rasa pulak tu. Sapa tak kenal Chef Sherson Lian duta kepada Hitachi memang jadi lagi nervous lah nak memasak.

Chef Sherson Lian

Hari tu ada 4 menu yang special daripada semua peserta iaitu Maha masak Milk Braised Chicken, ada resepi Nasi Beringin Ulam with Percik Chicken Roulade and Pickle -char Veggie, Thai Style Chicken Rice dan Nasi Beringin dan Ayam Panggang Masalla serta Sambal Tumis Telur. Dengar dia orangnya nama menu pun dah gerun hehehe Maha nya biasa2 jer ambil resepi kat dalam Youtube sajo hehehehehe. 

Thai Style Chicken Rice

Nasi Beringin Ulam with Percik Chicken Roulade and Pickle -char Veggie

Nasi Beringin dan Ayam Panggang Masalla serta Sambal Tumis Telur

Milk Braised Chicken

Masa diberikan 1jam 30minit untuk memasak dan 15minit untuk penyediaan bahan2. Satu masa yang mencabar Maha memasak dengan penuh debaran. Nak masak sambil guna produk Hitachi ni satu pengalaman yang baru buat Maha tapi seronok sangat. Alhamdulillah dapat juga Maha siapkan hidangan ni walaupun ada kekurangan kerana nasi tak berapa nak menjadi hehehehe.




Akhirnya dihidangkan kepada juri2 profesional untuk penilaian dan juga hidang pada tetamu yang datang ker Nathalie’s Gourmet Studio, Publika Kuala Lumpur. Lagi berdebar bila juri bagi komen hehehe tapi Maha terima semua keputusan. Walaupun tak berjaya dapat tempat terbaik tapi ini pengalaman memasak yang menarik bagi Maha. Maha akan gunakan pengalaman memasak ini untuk mencuba lagi kalau ada contest2 akan datang. 

 


Tahniah kepada pemenang tempat pertama memasak resepi Thai Style Chicken Rice dapat bawa pulang hadiah utama Hitachi Microwave Oven, tempat kedua dan ketiga  resepi paling panjang nama tadi korang tengok kat ataslah hehehe dan Maha tempat keempat saja huhuhu kerana salah teknik kot masa tu maklumlah gelabah wakakaka. Tapi ni namanya pengalaman tetap enjoy dapat memasak dalam satu pertandingan. Nextime cuba lagi mana tahu rezeki pulak hehehe.







4 ulasan:

  1. salam..
    yaya singgh melawat sini..
    wahhh..beshnyer..
    pndai msak la sume tu ye..hehe

    *encem chef tu.. =p* kbai ^o^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cik Yaya kerana sudi singgah.. Chef Sherson Lian selalu kuar TV3 5 rencah 5 rasa.

      Padam
  2. tak per madi, usaha tangga kejayaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku masuk memang bukan untuk menang enjoy jer.. cari pengalaman huhuhu...

      Padam