3 Masakan Dari 3 Negeri Dalam Mangkuk Tingkat Yang Termurah Ditengah Kuala Lumpur

Salam sejahtere kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Orang Kuala Lumpur yang selalu sibuk dengan tugas dan juga kadanga-kadang skip makan tengah hari perlu cuba menu mangkuk tingkat ini. Mana nak dapat kalau betul2 kat tengah Kuala Lumpur. 


Sebelah dengan Menara KL jer mana lagi kalau bukan Pacific Regency Hotel Suites. Hotel mewah bilik selesa ditengah-tengah Kuala Lumpur. Untung orang-orang yang bekerja di sekitarnya boleh hari-hari makan 3 masakan special dari 3 buah negeri di Malaysia. Itu konsep yang cuba diketengahkan oleh Chef Zairul bagi menu dan konsep mangkuk tingkat ni.

3 Masakan Yang Popular


3 masakan yang Maha sendiri sebenarnya telah cuba memang sedap iaitu Patin Gulai Lemak Tempoyak dari Negeri Pahang. Kemudian ada pulak masakan Rendang Tok dari Negeri Perak. Lagi bertambah special ada masakan Sambal Udang Petai dari Negeri Melaka.

Patin Gulai Lemak Tempoyak

Sebab Maha dah rasa sendiri menu ni kat restoran Soi23 dalam hotel ni jadi Maha cite apa yang menariknya. Selain daripada rasa yang sangat original kuantiti yang disediakan untuk korang makan sangat-sangat banyak. Sepatutnya satu mangkuk tingkat ni dihadkan untuk makan 2 orang tapi sebenarnya boleh makan 3 orang.

Rendang Tok

Maha sendiri makan hari tu dua orang tak boleh nak habis kerana dalam lauk Patin Tempoyak tu ada 2 ketul isi patin yang bersaiz besar. Kemudian dalam udang masak petai ada lebih daripada 6 ekor udang bersaiz sederhana bukan kecil ok. Pulak tu Rendang Tok tu daging cukup lembut dan rempah ratus semua lengkap.

Sambal Udang Petai

Ulam-ulaman dan Sambal Belacan

Jangan kecam Maha kalau korang tengok gambar2 makan ni semua ok. Tapi bukan tu sahaja dalam set hidangan mangkuk tingkat ini ada 4 tingkat semuanya dan satu lagi tu adalah nasi putih yang disediakan. Termasuk juga  set ulam-ulaman dan juga sambal belacan, dalam ulam tu ada petai ok mesti terangkat.

Harga Sangat Murah 


Dengan harga RM35nett per set memang cukup-cukup murah bagi Maha. Yer lah kalau korang tengok satu ketul Ikan Patin Sangkar sahaja sudah cecah RM8-RM12 satu ketul dalam tu ada dua. Kemudian ada udang masak petai satu pinggan RM12. Kalau kat luar Rendang Tok 100gram dah RM10. Tak masuk nasi dan juga ulam-ulam tu semua korang kiralah sendiri bajet tu hehehe.



Tapi Maha makan memang berbaloi kerana sedap dan juga harga yang sangat berpatutan. Pulak tu makan kat restoran mewah tingkat 23 boleh tengok pemandangan Menara KL. Apa lagi korang nak? Menurut kata pengurusan mereka hidangan mengkuk tingkat ini hanya akan ada 3 bulan promosi ini sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.


Jadi selagi masih ada ni mai datang sini bawa kawan atau keluarga kerana satu mangkuk tingkat meriah dengan kesedapan kulinari hidangan tempatan bertaraf antarabangsa. So nak booking dulu boleh dan nak walk in pun boleh dibuka waktu lunch sahaja setiap hari termasuk hari minggu. Datang sekarang kena cuba hidangan yang banyak ni. Selamat mencuba.

Tempahan dan pertannyaan boleh hubungi :
Tel : 03 2332 7777
Email : info@paficif-regency.com

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 5/5






0 comment... add one now