Anugerah,

Mari Mengundi Untuk SaleDuck Food Blogger Awards 2016

Isnin, Julai 11, 2016 Mahamahu 2 Comments

Mari Mengundi Untuk SaleDuck Food Blogger Awards 2016 - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih sempat lagikan Maha nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin pada semua pembaca blog Maha ni. Korang mesti masih dalam mood beraya lagi walaupun hari ni dah raya ke 6. Maklumlah Malaysia ni kita raya sebulan jadi lepas ni lagi ramai lagi akan buat rumah terbuka. Tapi Maha bukan nak cite pasal rumah terbuka lagi tu kemudian sekarang ni Maha nak cite pasal SaleDuck Food Blogger Awards 2016


Mesti ramai tanya apa tu SaleDuck dan kenapa mereka menganjurkan Food Blogger Awards 2016? Ok lah Maha cite sikit apa yang Maha faham daripada website ini. SaleDuck adalah salah satu website memberi kupon diskaun pembelian kepada pembeli dalam talian seperti Zalora, Lazada, FoodPanda dan sebagainya. Mereka bermula di Singapura dan kini telah bekembang dan memberi peluang kepada pengguna2 Malaysia untuk menikmati semua kupon ini.

Jadi dengan populariti yang ada bagi blogger di Malaysia menjadikan mereka menganjurkan anugerah blogger seperti ini. Tapi pelik sikit kenapa hanya Food Blogger sahaja, untuk blogger2 lain tak ada ker kategori masing2kan. Maha tak tahu apa kateria yang mereka pilih untuk senarai top 10 tiba2 jer nama Maha serta beberapa rakan blogger lain telah tercalon dalam senarai tersebut. Hadian untuk anugerah ini agak menarik iaitu wang tunai RM1000 untuk tempat pertama dan RM500 untuk tempat kedua serta RM250 untuk tempat ketiga.

http://www.saleduck.com.my/awards/food-blogger-award-2016

Yang Maha faham keputusan pemenang adalah berdasarkan undian paling banyak dari pembaca. Jadi Maha nak pohon jasa baik kawan2 untuk mengundi Maha dalam anugerah ini.

Cara nak mengundi:
1) Layari laman web ni www.saleduck.com.my/awards/food-blogger-award-2016
2) Cari nama MahaMahu
3) Tekan butang CLICK HERE TO VOTE

Korang boleh vote setiap hari tiada batasan sehingga tarikh tutup. Jadi jom vote Maha dan sharekan artikel ini pada kawan2 korang ok. Jutaan terima kasih pada kawan2 yang sudah mengudi Maha jasa korang sangat2 di hargai.








2 ulasan:

  1. dah vote dah... memintak menanglah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak Cik Lily vote kita lah... nanti minta pemiant CLP yang ramai tu vote sekali tau.. Terima kasih hehehehe..

      Padam