Lagi Kempen Makan-makan Raya U Mobile Kali Ni Makan Di Yoshinoya & Hanamaru @ AEON Shah Alam

Lagi Kempen Makan-makan Raya U Mobile Kali Ni Makan Di Yoshinoya & Hanamaru @ AEON Shah Alam - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sebelum ni kempen Makan-makan Raya U Mobile ini Maha pergi makan kat Caffe Bene Sunway Pyramid. Kali ini pula kami teruskan lagi ke sebuah restoran Jepun iaitu Yoshinoya & Hanamaru yang teletak dalam pasaraya AEON Shah Alam



Bagi pengguna U Mobile boleh muat turun applikasi MyUMobile untuk mendapatkan diskaun di semua restoran yang mengambil bahagian termasuklah Restoran Yoshinoya & Hanamaru ni. Korang juga sebenarnya berpeluang untuk menang percutian 3D2N di Penang jika menggunakan applikasi ini. Wow untung lah pengguna U Mobile.

Ontama Spicy Beef Bukkake (RM 16.80)

Spicy Miso Udon (RM 12.80)

Curry Udon (RM 12.80)

Maha teruja sangat hari tu sebab dapat makan hidangan Jepun yang memang Maha pun suka. Kali ini ada 8 jenis menu mee dan juga 8 jenis hidangan nasi daripada restoran ini. Untuk Mee Udon ini saja dah banyak korang boleh pilih ada yang pedas ada yang sejuk dan ada yang datang bersama sup. Kalau korang nak cuba pedas boleh cuba Ontama Spicy Beef Bukkake, Curry Udon dan Spicy Miso Udon.

Ontama Bukkake (RM 8.80)

Tori Dashi Udon (RM 10.80)

Kalau nak mee Udon yang Standard korang boleh cuba pula Ontama Bukkake dan Tori Dashi Udon. Bagi yang nak special sikit dan sihat sikit korang boleh cuba Mentai Mayo Bukkake, Salad Udon dan Beef Udon. Bagi Maha semua mee Udon sini ada special masing2 tapi kalau korang nak tahu kena datang cuba sendiri. Pilihan Maha adalah mesti yang pedas baru kena dengan nafsu hehehe.

Mentai Mayo Bukkake (RM 9.80)

Salad Udon (RM 12.80)

Beef Udon (RM 12.80)

Selain dari mee Udon kat sini juga ada hidangan berasas nasi. Nasi bukan nasi biasa tau ini adalah nasi Jepun yang agak kenyal2. Untuk menu nasi pun memang banyk pilihan ada yang nasi dengan daging antara yang Maha suka adalah Ontama Beef Bowl dan Ontama Spicy Beef. Kalau tak makan daging boleh pilih ayam ada juga antaranya adalah Black Pepper Teriyaki dan Ontama Spicy Yakitori.

Ontama Beef Bowl (RM 13.80)

Ontama Spicy Beef (RM 17.80)

Ontama Spicy Yakitori (RM 13.80)

Black Pepper Teriyaki (RM 13.80)

Mereka juga kat sini ada set yang lengkap dengan Nasi, Sup dan Salad. Kalau set ini di panggil Teishoku dan untuk set ini pun ada banyak pilihan antaranya adalah Ontama Spicy Chicken, Ontama Chicken dan Ontama Taru Taru. Tengok sahaja menu ni memang dah kenyang kalau korang makan sesuai untuk seorang makan tau. 

Ontama Spicy Chicken (RM 16.80)

Ontama Chicken (RM 16.80)

Ontama Taru Taru (RM 18.80)

Last tapi juga antara pilihan yang korang boleh cuba kat sini adalah set curry dengan nasi iaitu Ontama Chicken Katsu. Kalau nak hotpot pula korang boleh ambil menu Aburi Salmon. Yang ini Maha suka sebab dalam hotpot tu ada salmon, mayonis, wasabi dan juga nasi Jepun memang terbaik. Jadi mana satu pilihan korang Maha dan rambang mata nak makan kalau ikut nafsu semua nak cuba hehehe. 

Ontama Chicken Katsu (RM 15.80)

Aburi Salmon (RM 19.80)

Tunggu apa lagi mai lah datang beraya kat Restoran Yoshinoya & Hanamaru yang terlatak di tingkat 2 AEON Shah Alam. Selamat mencuba dan sekali sekala ubah selera makan hidangan Jepun. 


hanamaru udon Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato





2 comments.. read them below or add one

Afif Rayyan Afif Rayyan 29 July, 2016
Napa letak gambar makanan jepun nie, kan dah ngidam.. wajib cari kedai nie.. ehehe