Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi Masakan Timur Tengah Pertama Yang Terkemuka Di Malaysia

Restoran Tarbush Dan Restoran Al Halabi Masakan Timur Tengah Pertama Yang Terkemuka Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mana lokasi yang korang tuju bila nak cari makanan Arab? Maha cadangkan satu tempat yang unik menarik dan pasti adalah yang pertama di Malaysia mana lagi kalau bukan Tarbush dan juga Al Halabi. Sebenarnya dua restoran ini adalah adik beradik kerana di bawah satu pengurusan yang sama.




Bila sebut restoran Arab apa hidangan yang terbayang di fikiran korang. Apa lagi kalau bukan makanan yang banyak sayuran, kekacang dan juga daging2 panggang. Juga kalau kita makan kat sini di jamin sihat sebab mereka menggunakan minyak zaitun ok. Maha kalau datang sini suka makan nasinya yang ada pelbagai tu nanti last Maha cite ok. Jom kita tengok apa yang ada di Tarbush dan juga Al Halabi ni.




Bila datang kat restoran Arab wajib kena cuba hidangan pembuka selara yang sejuk. Semua pembuka selera ini sihat dan juga menggunakan bahan asli. Paling menarik adalah Fetush iaitu campuran salad segar dan juga crunchy2 di dalamnya ini Maha paling suka ok. Kemudian ada lagi Hommus Tahina dan Mutabal, kedua2 hidangan ini di hasilkan daripad kacang kuda. Memang sihat dan pasti mengenyangkan belum makan menu utama lagi.

Fetush 

Hommus Tahina

Mutabal

Lepas tu korang kena cuba pula Kibbeh dan Falafel. Ini rupa macam begedil tapi ia adalah salutan kacang di mana dalamnya ada daging kambing terutama untuk Kibbeh. Falafel ini pula lebih kepada kuih Vadai. Semua ni akan datang dengan set Roti Arab yang wajib korang makan hehehe.

Kibbeh

Falafel

 Roti Arab

Kita pergi pula pada bahagian main course yang pasti di nantikan ramai orang termasuk diri sendiri hehehehe. Pasti ramai nak cuba kambing yang memang manjagi kegemaran. Sebab daging kambing sini lembut dan juga tiada bau yang tidak disukai sesetengah orang. Hari tu Maha dihidangan dengan nasi "Whole Lamb with Bazilla Rice". Ini special hidangan untuk bulan Ramadhan sahaja ok, Sekali makan pasti nak tambah lagi memang sedap rasa rempah ratusnya cukup lengkap.

Whole Lamb with Bazilla Rice


Makan wajib kena order kalau datang restoran Arab macam mestilah Tarbush Mix Grill mereka. Ini kerena kegemaran orang sana untuk makan daging yang dipanggang. Dalam set ini ada Shish Tawook, Shish Kebab, Grill Prawn dan Arayes Lamb. Semua diperap dengan rempah ratus yang cukup dan rasa pun enak sangat buat kita kenyang sempai ker tengah malam hehehe.

Tarbush Mix Grill

Apa lagi yang kena cuba kat sini yer. Yes lupa lak korang kena datang makan dessert mereka yang pastinya manis dan lazat. Nama hidangan ini adalah Cream Caramel dan Mahalabia yang sangat special. Minuman ya itu Teh Herba mereka satu kelainan bila makan dalam keadaan kenyang. Pasti akan melegakan perut korang yang bergelora macam nak meletop hehehe.

Mahalabia

Cream Caramel


Apa pun korang kalau masih mecari hidangan Timur Tengah atau Arab kat Restoran Tarbush dan juga Restoran Al Halabi ini memang sesuai. Ada banyak cawangan kat sekitar KL ini so korang boleh rujuk ker laman Facebook dan juga laman web mereka. Selamat berpuasa dan selemat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut layari :-
Facebook : www.facebook.com/TarbushRestaurantMalaysia
Laman web : web.tarbush.com.my






2 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 20 June, 2016
Hehehe mesti lah sedap kena datang cuba tau....