Rahsia Kenapa Orang Paling Suka Bahagian Kepala Ikan Patin Masak Tempoyak Di Restoran Temerloh Catering

Rahsia Kenapa Orang Paling Suka Bahagian Kepala Ikan Patin Masak Tempoyak Di Restoran Temerloh Catering - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai gila kot orang suka makan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Hidangan cukup popular ini datang dari satu daerah di tengah2 semenanjung Malaysia iaitu Temerloh. Sebab tu lah Temerloh digelar "Bandar Ikan Patin".


Bagi Maha sebagai anak jati Pahang dari Temerloh memang bangga kerana populariti masakan Ikan Patin ini. Sebab tu Maha kata korang menyesal kalau tak makan masakan Ikan Patin ini sebab ia unik tiada di tempat lain. Tapi buat orang KL ni macam mana nak makan masakan ni setiap hari. Tak kan nak berulang-alik dari KL ker Termeloh selama 4 jam semata2 nak makan masakan ini jer.


Kini di sekitar KL telah ada 4 restoran khas sediakan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dari Temerloh. Nama restoran pun Restoran Temerloh Catering yang terdapat di Wangsa Maju, Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan cawangan asal di Bandar Temerloh sendiri. Jadi orang KL ni hari2 dah boleh makan masakan original Ikan Patin ini tanpa rasa bimbang akan harganya.


Orang kata harga masakan Ikan Patin ini boleh cecah sehingga puluhan ringgit untuk seketul dagingnya. Sebenarnya orang paling suka makan bahagian kepala Ikan Patin kerana ia mengandungoi sedikit lemak yang membuatkan ia begitu menjadi kegilaan ramai. Kalau kat restoran ini mereka sediakan Ikan Pating Sangkar daripada Sungai Pahang sendiri. Jadi tak risau akan bau hanyir dan juga bau tanah seperti mana yang sesetengah orang ceritakan.






Di restoran ini ada 3 jnis ikan Patin yang popular iaitu Ikan Patin Sangkar, Ikan Patin Mas dan Ikan Patin Buah. Paling mahal adalah Ikan Patin Buah dan paling tinggi permintaan yang kadang kala boleh cecah sehingga ratusan ringgit untuk seekor. Jadi kena tanya dulu tuan kedai tu jenis ikan yang dihidangkan dan harga agar kita tak terkejut bila bayar bill. Puas hati sebenarnya Maha makan Ikan Patin Masak Tempoyak kat sini kerana rasa ikan yang lembut dan juga tempoyak yang lemak manis.

Harga Ikan Patin.
    Ikan Patin Buah : RM29 seketul
    Ikan Patin Sangkar : RM12 seketul
    Ikan Patin Mas : RM22 seketul
Harga Ikan lain.
    Ikan Baung : RM18
    Ikan Kerai : RM12 / 100gm
    Ikan Jelawat : RM12 / 100gm
    Ikan Talapia : RM10 seekor
    Ikan Lampam : RM4 - RM8 seekor






Pulak tu korang boleh makan hidangan tradisional lain yang popular dari negeri Pahang semua ada kat sini. Kalau kat restoran ini ada Ikan Talapia Goreng, Ayam Kampung Goreng, Ikan Lampam Goreng, Ikan Seluang, Kerai Masak Lemak dan juga Sambal Hitam yang popular sekarang ini. Tu baru bahagian ikan sungai yang mereka dapat semua dari daerah Temerloh segar2 ok.





Selain tu juga ada banyak lagi lauk pauk lain yang korang boleh makan kat restoran ini seperti Daging Opor, Bawal Masak Sambal, Telur Masin Masak Lemak, Ikan Kembung Masak Lemak, Pecal dan juga ulam-ulam kampung. Disedapkan lagi hidangan kampung ini dengan Sambal Belacan kaw dan juga Sambal Tempoyak memang membuka selera sangat. Perkena semua ini memang buat korang tak tido malam lah asyik teringat jer semua makanan ni hehehe.




Style makan kat Restoran Temerloh Catering ini pula adalah korang akan pilih semua lauk pauk yang korang nak makan dan kemudian isi dalam mangkuk juga ambil nasi putih sendiri. Mereka tak sediakan hidangan set kat sini. Jadi korang bayar apa yang korang ambil dan makan jer. Maha suka restoran ini kerana ia style santai tapi kalau korang datang lambat sorry ye kalau kena tunggu lama untuk dapat tempat duduk memang orang ramai sangat.



Sempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi mereka akan beroperasi seperti biasa setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam. Kalau hari2 biasa bukan bulan Ramadhan mereka akan buka dari pukul 10.30pagi hingga 8.00 malam. So koran boleh plan untuk buka puasa kat sini kalau nak cuba hidangan tradisional Negeri Pahang. Paling menarik kat sini adalah pencuci mulut yang popular iaitu Puding Raja khas untuk pencinta hidangan Di Raja Pahang ini.



Jadi tunggu apa lagi datang sekarang kerana kenikmatan masakan tradisional Melayu Pahang menanti anda di Restoran Temerloh Catering ini. Pergi mana2 cawangan yang terdekat dengan korang dan pasti tidak akan menyesal punya makan kat sini. Selamat berpuasa semua dan selamat menjamu selera ok.

Maklumat lanjut :
Alamat : 35-G, Kedai D'Wangsa
               Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju
               53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4141 5044








{ 10 comments.. read them below or add one }

Shiqin Sunshine Shiqin Sunshine 01 June, 2016
Huuu terliur tgok gambaq nya...haha masakan dia mmg pergh terbaikkk kan kan...tungla Maha org pahang hehe
Ishak Ismail Ishak Ismail 01 June, 2016
ok.. tak hajak...!

fuuh ikan kerai.. lama dah tak merasa kerai!!!
Maha Mahu Maha Mahu 01 June, 2016
Hehehe tu lah cari orang Pahang ok hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 01 June, 2016
Patut abam Hoq belanja saya ni hehehe.... Mai mai..
Afif Rayyan Afif Rayyan 01 June, 2016
Makanan wajib kalau balik jengka noe.. rndu dengan gobang maju.. ahaha
Cetak Tshirt. My Cetak Tshirt. My 01 June, 2016
Ikan patin memang terbaik, sedap..tapi harganya agak mahal..huhu
Maha Mahu Maha Mahu 03 June, 2016
Huhuhuhu sama lah kita nak balk puasa ni....
Maha Mahu Maha Mahu 03 June, 2016
Sebab terbaik tu harga nya macam tapi puas hati kan...
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 10 June, 2016
Sedapnya ikan patin tu, bulan puasa macam ni ada lagi ke MM?
Maha Mahu Maha Mahu 11 June, 2016
Adalah bulan puasa cuma mereka bukan pukul 3ptg sampai lepas tarawih..