Buka Puasa,

Memilih Untuk Berbuka Puasa Di Kenny Rogers Roasters Dengan Hidangan Special Royal Raya

Selasa, Jun 14, 2016 Mahamahu 4 Comments


Memilih Untuk Berbuka Puasa Di Kenny Rogers Roasters Dengan Hidangan Special Royal Raya - Salam sejatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ya Allah tak tahu mana nak pilih untuk berbuka Ramadhan hari ni. Memang Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Termasuklah tak ketinggalan di Kenny Rogers Roasters cawangan seluruh Malaysia juga menyediakan hidangan sihat berbuka puasa kali ini.


Baru2 ini Kenny Rogers Roasters meraikan ulang tahun ke 22 mereka di Malaysia, masa tu mereka buat pelbagai promosi makanan yang special untuk peminat setianya. Begitu juga Ramadhan ini mereka ada buat promosi set khas buka puasa bagi korang peminat ayam KRR. Hidangan seperti makanan istana dipanggil Royal Raya.


Set ini ada 2 pilihan yang korang boleh pilih iaitu Royal Raya Chicken Meal dan juga Royal Raya Soup Meal. Kedua2nya mengandungi ayam cuma bezanya satu set ada soup dan satu lagi ada salad. Tapi yang lagi special kali ini mereka menyediakan nasi yang unik iaitu Majestic Rice. Nasi ini dimasak dengan rempah ratus dan kunyit menjadikan ia bukan nasi biasa. Nak tahu rasa kena cuba ok.

Royal Raya Soup Meal (RM 24.50)

Royal Raya Chicken Meal (RM 22.90)

Yang hidangan ada salad tu special juga sebab sayur dalam salad tu segar juga dapat rasa macam arca sayur yang dalam Nasi Minyak tu. Buat bulan Ramadhan ini pula KRR mengeluarkan kembali Pandan Muffin. Tengok semua set ini ada semua lengkap. Juga ada 2 minuman special yang korang boleh pilih iaitu Lady D'Rose dan juga Summer Knight. Minuman yang segar dan nyaman bila bulan puasa ini. 

Majestic Rice (RM 9.50)

The Jewel Salad (RM 9.50)

Summer Knight (RM 5.50) & Lady D'Rose (RM 5.50)

Pandan Muffin

Lagi bukan setakat berbuka puasa korang boleh beli untuk bersahur sekali kat KRR ini. Maha hari tu tak sempat nak beli jer sebab dah kenyang sangat tak ingat nak bawa pulang untuk sahur. Kat sini mereka ada set bawa pulang special untuk sahur yang sesuai untuk makan 4 orang. Mengandungi Kenny's Whole Chicken, Majestic Rice, The Jewel Salad, 4 Muffin dan juga 4 Fruit Juices. Wow bila tengok rasa memang nak pergi dapatkan sekarang juga set sahur ini.


Tak habis dari tu juga mereka memberi tawaran istimewa untuk dapatkan seekor Kenny's Whole Chicken pada harga RM29.90 sahaja sempena Ramadhan ini. Tunggu apa lagi tiba masa nak berbuka kat Kenny Rogers Roasters mesti puas hati. Tapi setengah orang bimbangkan kalau nak buka kat tempat2 macam ni takut full house. Jangan bimbang KRR menyediakan Roasters Ramadhan Reservation


Hanya dengan 3 step sahaja korang boleh booking meja untuk berbuka jadi tak perlu nak berebut2 dah kan. Korang baca sendiri step by step macam mana nak booking sempena dengan Ramadhan ini. Maha hari tu nasib awal Ramadhan jadi tak ramai orang lagi tapi sekarang memang semua cawangan full house hehehe. Tunggu apa lagi mai ker KRR untuk buka puasa. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua.

Roasters Delivery 1300-888-878





4 ulasan:

  1. Wow.. harga yang menarik dan makanan nya nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap bro makanan baru ni dan bepadanan lak untuk selera kita..

      Padam
  2. slmt berpuasa tuan..

    kenny rostear mmg terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa juga. Peminat KRR ker sama lah kita..

      Padam