Buffet Ramadhan,

Iftar Ramadhan PICC Meraikan Anak-anak Yatim YAKIN Malaysia Dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan

Selasa, Jun 28, 2016 Mahamahu 2 Comments

Iftar Ramadhan PICC Meraikan Anak-anak Yatim YAKIN Malaysia Dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Putrajaya International Convention Center adalah antara lokasi berbuka puasa Maha setiap tahun. Tahun ini pun tak ketinggal untuk berbuka puasa di kawasan yang besar dan luas dengan hidangan yang begitu banyak.



Iftar Ramadhan di PICC kali ini bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" menyajikan lebih daripada 300 juadah makanan. Kalau anak2 yatim tu memang seronok sangatlah dapat makan banyak2 macam ni. Maha suka tengok telatah kanak2 ini memang menyeronokan tambah bulan yang mulia ini mereka rasa sangat di sayangi. 100 orang kanak2 diraikan daripada anak-anak yatim YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan) dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA).




Macam biasa Maha terjah terutama kat bahagian gerai2 makanan yang menyediakan makanan yang dimasak live depan mata. Antara gerai2 yang ada sepeti Kambing Panggang dan Satay, juga ada bahagian Murtabak yang memang Maha suka. Lagi ada gerai Cucur Udang ada juga Pisang Goreng, Sukun Goreng dan juga Keledek Goreng.




Tu bahagian yang goreng2 ni lah ni pulak bahagian makanan berat2 sikit. Kat sini ada Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah, Ayam Masak Merah dan macam2 lagi lah. Paling menarik kat sini ada bahagian buah-buahan yang memang banyak sangat macam kat dalam dusun. Ada buah Rambutan, buah Mata Kucing, buah Salak, buah Laici dan macam2 lagi.




So lepas ni kalau orang yang duduk area Putrajaya, Bangi dan Kajang korang boleh datang buka puasa kat sini. Harga pula sangat berpatutan iaitu hanya serendah RM 98 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak2. Tapi ingat nak datang sini kena booking awal2 ok selalu penuh sebab ramai kakitangan kerajaan yang suka buka puasa kat sini hehehe.




Lagi syok berbuka puas disini adalah mereka menyediakan cabutan bertuah seperti mana yang mereka lakukan pada Buffet Ramadhan tahun2 lepas. Korang boleh menang "Duit Raya" sehingga RM3000 dan juga hadiah2 sampingan bernilai sehingga RM10,000. Kalau korang yang dah makan sini nak tahu keputusan kena tengok lepas Syawal di laman Facebook PICC sendiri ok.





Tu yang Maha suka buka puasa kat PICC ini kerana selain daripada menyediakan makanan yang enak2 mereka juga tidak melupakan orang2 yang memerlukan. Seperti hari ini mereka meraikan anak2 yatim dan juga Asnaf serta orang2 yang susah. So rasa berbaloi tak kalau datang makan kat sini mestilah. Booking sekarang ok. Selamat berpuasa semua dan selamat berbuka.

Tempahan dan pertanyaan layari:
Laman web : www.picc.com.my







2 ulasan:

  1. Oh ramai juga suka makan berbuka kat PICC ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PICC time Ramadhan memang penuh sebab harga berpatutan dan makanan sedap2..

      Padam