Hei Sushi Hidangakan Sushi Halal Di Bulan Ramadhan Ini Untuk Anda Berbuka Puasa

Hei Sushi Hidangakan Sushi Halal Di Bulan Ramadhan Ini Untuk Anda Berbuka Puasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha ni bukan lah peminat setia Sushi sebenarnya. Tapi mungkin mengidam bulan Ramadhan ini nak cuba buka puasa dengan Sushi Halal pertama di Malaysia. Hei Sushi satu2nya cawangan di Alamanda Putrajaya mendapat status Halal daripada JAKIM.


Hei Sushi menyajikan masakan Jepun  lazat dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Menawarkan menu yang banyak dengan lebih daripada 200 jenis hidangan Jepun yang lazat. Sempena dengan Ramadhan ini mereka memperkenalkan set khas untuk berbuka puasa. Jadi sebab tu Maha nak cuba makan kat sini.


Ada 3 jenis set iaitu set A, set B dan set C. Set A harga hanya RM19.90 sesuai untuk makan seorang. Manakal set B pun sesuai untuk makan seorang cuma ada tambahan satu menu pada harga RM25.90 dan yang akhir set C sesuai untuk makan 4 orang pada harga RM129.90 sahaja. Maha telah pilih set C sebab hari tu datang bertiga.



Semua set ini akan datang dengan item free seperti kurma dan juga minuman serta boleh pilih antara sup atau salad. Maha cite apa yang Maha pilih untuk set C sahajalah yer sebab semua menu sama jer tak ada beza kuantiti saja. Set C ini datang dengan 4 kurma, 4 minuman iaitu Red Passion dan juga 4 hidangan sampingan iaitu boleh pilih nak Salad atau Miso Soup.

Red Passion

Temari Combo

Spider Maki 

Kemudian 2 side dish yang Maha pilih kerana memang nak makan sushi adalah Spider Maki dan juga Temari Combo. Yang ni dua2 sedap Maha suka sekali ngap saja dah habis hehehe. Sushi ni sesuai makan dengan Sweet Sos kalau sapa suka sos masin pun ada serta mesti ada Wasabi. Tapi sorry Maha tak leh makan Wasabi akan berasap telinga nanti hehehe.

Tori Inaniwa Udon

Manakala dalam set ini  ada 4 main course yang boleh Maha pilih. Jadi Maha telah pilih Shake Kara with White Rice, Saba Kara with White Rice, Hei Tori Specialty dan satu lagi Tori Inaniwa Udon. Dalam 4 hidangan ini Maha paling suka adalah yang ada ikan iaitu Shake Kara dan Saba Kara. Ikan mereka memang sedap dan berlemak. Cuma bila korang rasa gravy yang diberikan dalam ikan tu seperti rasa sambal tumis masakan Melayu.
 
Shake Kara with White Rice

Saba Kara with White Rice

Mungkin mereka nak sesuaikan dengan selera orang Malaysia kot jadi sebab tu kuahnya rasa sambal. Kemudian untuk set Hei Tori Specialty tu memang sebijik macam masakan Malaysia. Kerana ia ada daging ayam yang perap macam satay, kemudian di sertakan dengan kuah kacang macam satay, juga ada kerabu mangga serta pulut Jepun bersama dengan serunding. Jadi memang kalau nak makan hidangan Melayu tapi ala2 jepun boleh cuba ini.

Hei Tori Specialty

Apa pun Maha suka semua hidangannya memang puas dan menyelerakan. Paling penting balik perut kenyang hehehe. Selain set tu Maha ada tambah lagi Maguro Steak Rikkyuyaki dan juga dessert Fruit Treasures. Lengkap set Maha makan untuk buka puasa puas hati walaupun sebenarnya dapat voucher daripada kawan blogger Sidney Kan terima kasih kerana sudi belanja Maha hehehe.


Maguro Steak Rikkyuyaki

Fruit Treasures


Kalau korang nak datan kena booking tau sebab masa Maha datang tu booking awal bila sampai ramai orang berbaris nak buka puasa kat situ. Siap ada pakcik tu macam tak puas hati kat kami yang dapat tempat awal sebab kami dah booking hehehe. Jangan risau set ini akan dibuka sehingga 31 July masih ada banyak masa lagi nak cuba ok. Apa pun selamat berbuka semua. 

Tempahan dan pertanyaan :-
Facebook : Hei Sushi Malaysia







6 comments.. read them below or add one

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 30 June, 2016
mabless sungguh tengok semua sushi kat atas ni
Syamil Ramli Syamil Ramli 30 June, 2016
apesal steak meguro ape name penuh tu merah je daging dia...tak masak yek

Jom tgk kat sini..sape mamat ni Misteri Pemuda Bernama Daniel Tyler
Afif Rayyan Afif Rayyan 02 July, 2016
Set b tu macam best je.. nyum2
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2016
Sushi kat sini memang menarik sebab ia di terapkan unsur2 nusantara sikit.
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2016
Memang nama steak tu macam tu ianya dimasak separuh masak. Sapa tak lalu jangan makan hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2016
Bagi saya semua set best rasa lain daripada lain.