Dari Perancang Perkahwinan Kini Mereka Buka Buffet Ramadhan Pula Di Casa Ombak

Dari Perancang Perkahwinan Kini Mereka Buka Buffet Ramadhan Pula Di Casa Ombak - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Itulah orang kata usaha tak jemu dan ada jer idea bernas pasti akan membuahkan hasil. Macam pakar motivasi pulak tapi ini hakikat yang di buktikan oleh pemilik Casa Ombak Cafe & Wedding. Milik penuh bumiputera yang berada betul2 di kawasan tumpuan ramai iaitu Jalan Damai Off Jalan Ampang.



Maha pun baru tahu pasal tempat ini kerana baru2 ini dapat jemputan untuk buka puasa di sini. Meluangkan masa untuk mencuba lokasi baru bagi Maha ini adalah tempat yang menarik. Mula2 masuk ingat ini dewan perkahwinan kerana dekorasi dan juga hiasannya seakan2 sebuah dewan perkahwinan. Rupanya memang betul mereka ini pasanga adik beradik memulakan perniagaan dengan perancang perkahwinan dan kini mencuba bidang baru buffet Ramadhan.



Jadi terujalah nak cuba hidangan buka puasa kat sini yang nampak ada banyak bahagian seperti booth menyediakan masakan Melayu. Bila sampai tiba waktu berbuka tu maka berbarislah untuk mendapatkan hidangan kat sini. Paling menarik perhatian Maha ada booth yang ada goreng Keropok Leko, Cucur Udang dan juga Cekodok Pisang



Selain itu juga, ada booth yang paling ramai orang iaitu Kambing Bakar. Kat situ juga ada sekali Ikan Bakar dan juga Kuah Asam memang mengancam dia orang kata. Juga ada booth yang sediakan Mee Kari serta booth buat Roti John. Kalau nak makan Roti Jala pun ada kat sini ok lah terasa penuh gak perut. Belum makan menu utama lagi.






Kalau nak makan yang berat seperti nasi kat sini ada sediakan lauk pauk tradisional banyak korang leh ambil. Bagi yang nak kurang berat sikit boleh cuba Kueh Teow Goreng dan juga Mee Goreng ada juga. Pokok pangkal semua makanan sini bagi Maha menarik dan boleh buat korang kenyang punya jangan risau.



Buffet di sini memang berpadanan juga kerana harganya hanya RM58.00 nett untuk dewasa dan RM38.00 nett untuk kanak2. Apa lagi nak harga mampu beli bagi kawasan buka puasa tengah2 KL ni. Kalau nak cari kawasan ini agak tersorok tapi kalau korang guna waze atau google maps jumpa. Paling senang korang lalu Jalan Tun Razak akan nampak The Intermark dan dewan ini kat jalan belakang Intermak tu jer. Apa2 oleh booking dan juga pertanyaan kat facebook mereka ok. Selamat berbuka puasa semua. 

Tempahan & pertanyaan :-






2 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 27 June, 2016
Memang sedap la makan kat casa ombak, anak-anak pula pulun makan tepung pelita, kami yang duduk dibelakang MM asyik dengar gelak ketawa saja
Maha Mahu Maha Mahu 11 July, 2016
Hehehe ada dekat ker ngan kita malu lah saya ketawa memang kuat hehehe..