Bukit Jalil,

Cafe & Cat Garden Konsep Menampilkan Makanan Dan Taman Mainan Kucing Yang Comel

Khamis, Jun 09, 2016 Mahamahu 4 Comments

Cafe & Cat Garden Konsep Menampilkan Makanan Dan Taman Mainan Kucing Yang Comel - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Baru2 ini Maha dapat jemputan untuk satu lagi majli pembukaan cafe yang lain dari lain. Ini kerena di Cafe & Cat Garden ini adalah konsep makanan cafe dan juga taman mainan untuk kucing2 yang comel2 berlaka. 


Walaupun kat KL trend ini semakin mendapat tempat dihati peminat kucing di Malaysia tapi Maha ini adalah pertama kali dapat datang cafe yang ada dua konsep dalam satu tempat. Jadi teruja sangat masa datang majlis memperkenalkan cafe ini kepada semua peminat. Bukan sahaja peminat kucing tapi juga peminat makanan tempatan terutama makanan pantai timur seperti Maha ini.


Cafe & Cat Garden ini terletak di kawasan baru iaitu alamatnya :-
No.95G, Jalan PUJ 3/3,
Taman Puncak Jalil,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Dekat jer dengan rumah Maha yer hehehe. First sampai teruja sebab Maha ni suka makan dan juga suka kucing ni hehehe. Dapat lak tengok kucing2 yang comel dan cute2 ada kat sini lagi teruja. Pemilik cafe ini iaitu En Zul dan En Azizi telah mengusahakan perusahaan berkaitan kucing seperti Pet Shop dan juga Hotel Kucing sekitar Bukit Jalil dan Kinrara sejak berbelas tahun yang lalu. Tapi sekarang baru ada kesempatan untuk membuka cafe berkonsepkan seperti ini.




Di dalam cafe ini dibahagikan kepada dua bahagian penting iaitu ruangan cafe disebelah dan juga ruangan kucing yang terkurung disebelah. Jadi kalau sapa2 datang nak makan kat sini boleh makan sambil tengok telatah kucing daripada luar sahaja. Kalau nak masuk dalam pun boleh tak ada masalah sebab ia terbuka tapi ada beberapa syarat yang ditetapkan untuk masuk dan keluar dari kawasan kucing tu.





Menurut pemilik cafe setakat ini ada lebih kurang 10 ekor kucing ditempatkan di sini dan kucing2 ini adalah milik meraka sendiri. Ada macam2 jenis dan baka kucing Maha suka sangat tengok. Terutama yang putih gebu tu memang comelnya geram nak peluk jer rasa. Kalau korang ada rasa macam mana yang Maha rasa tu memang wajib untuk datang sini. Kucing yang ditempatkan di sini dijaga rapi dan dibersihkan selalu untuk menjaga kesihatan kucing dan pengunjung di sini. 




Itu bahagian kucing sekarang kita masuk bahagian cafe untuk makan lak. Kalau ikutkan kepada konsep cafe ini adalah makanan yang disediakan semuanya dari ngeri Pantai Timur dan juga makanan barat. Antara menu tradisi yang dikomersialkan di sini seperti Laksam, Ubi Kayu Rebus, Ketupat Sotong dan banyak lagi. Menu utama pula adalah seperti Nasi Kerabu, Nasi Gulai yang berasaskan sumber ayam dan daging serta Nasi Lemak kukus.



Bagi menu Barat sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Malaysia khususya. seperti Spaghetti, Lamb Chop, Chicken Chop dan banyak lagi. Yang paling utama adalah coffee yang diimport seperti Cafe Latte & Capuccino untuk pencinta tegar coffee. Tapi Maha kurang sikit kopi2 ini minum air kosong jer hehehe. 


Apa pun bagi Maha konsep seperti ini sangat2 bagus dan juga ia menjadi kelainan kepada peminat makanan dan juga pencinta haiwan seperti kucing. Kalau rasa nak datang boleh sahaja waze lokasi ini dan ia akan mula dibukan bulan June ini. Untuk Ramadhan juga mereka ada menyediakan Buffet Ramadhan yang berpatutan harganya. So boleh lah plan2 untuk datang sini ok. Selamat membelai kucing kat sini hehehe.

Hubungi
Tel : 018-3584743
Laman wewb : http://cafecatgarden.my






4 ulasan:

  1. NASIK KERABUUUU! , COMELNYAA KATIL MIAUU TUH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa persamaan Nasi Kerabu dan kucing, nasi kerabu sedap dimakan dan kucing sedap dimain hehehe... Cia Cia Cia..

      Padam
  2. oo ingatkan kucing pon join makan skali :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu kalau makan sekali silap2 kita tak makan wakakaka..

      Padam