Citta Mall,

Alex Yoong Memeriakan Lagi Pembukaan Rasmi Galeri Baru MajuHome Concept di Citta Mall

Rabu, Jun 08, 2016 Mahamahu 2 Comments

Alex Yoong Memeriakan Lagi Pembukaan Rasmi Galeri Baru MajuHome Concept di Citta Mall - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Hari tu Maha ada cite pasal MajuHome Concept ini yang menyediakan semua keperluan perabot anda daripada dapur, ruang tamu, bilik tidur sehingga kepada perabot pejabat pun ada. Tapi hari tu belum rasmi lagi pembukaan concept store tu. Baru2 ini mereka telah mengadakan majlis perasmian pembukaan dan juga memperkenalkan duta baru secara besaran. 



Korang kenal bukan Alex Yoong pelumba Formula Satu itu lah mereka punya duta. Pada hari perasmian baru2 ini Alex Yoong juga telah hadir memeriahkan lagi majlis. Nampaknya prabot mereka ini bukan sahaja diminati oleh orang biasa tapi juga mereka yang popular. Sebab Maha yakin akan produk perabut yang dihasilkan di sini berkualiti tinggi dan citarasa antarabangsa.



Dengan pembukan concept store yang ke tiga ini memudahkan lagi peminat perabut MajuHome untuk mendapatkan produk2 terbaru dari mereka. Maklumlah kat concept store di Citta Mall @ Ara Damansara mempunyai keluasan 60,000 kaki persegi. Wow memang cukup luas dan mestinya mempunyai pelbagai perabot dari yang kecil kepada sebesar2 mungkin hehehe.




MajuHome Concept kini lebih terkenal sebagai sebuah jenama yang sering dikaitkan dengan barangan perabot dan perkakas gaya hidup yang moden dan kontemporari di mana mereka membawakan kepada pengguna di Malaysia rangkaian barangan perabot yang bergaya dan serba moden dengan rekaan yang terkini, sejajar dengan konsep “One Stop Shopping Experience”, satu falsafah kuat yang menjadi pegangan syarikat tersebut selama ini. 


Tarikh 02 Jun 2016 adalah majlis perasmian pembukaan yang di hadiri oleh media, blogger, mana selebriti terkenal, rakan kongsi perniagaan dan barisan pemenang pertandingan yang telah mereka anjurkan sebelum ini. Selain memperkenalkan duta mereka juga mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Ala kontest yang Maha juga cuba nasib masuk tapi bukan rezeki, hadian cukup2 lumayan dan meriah sekali ok.



So lepas ni kalau korang ingat nak beli perabot ingatlah MajuHome Concept di mana2 cawangan yang ada sekarang ini. Maha sendiri pun minat akan design perabot mereka yang unik, modern dan bergaya. Buat korang yang nak follow segala keluaran baru produk perabot mereka boleh follow di Facebook dan juga laman web mereka. Banyak lagi contest akan diadakan untuk semua peminat setia perabot MajuHome Concept. Cepat2 jangan ketinggalan.

Maklumat lanjut :
Laman web : www.majuhome.com.my

MajuHome Concept - Factory Outlet
Lot 48 & 49, Batu 4 ½,
Jalan Genting Klang,
53300, Setapak, Kuala Lumpur
Tel : 03-4021 5954 / 03-4023 3876
Faks : 03-4025 2633

MajuHome Concept - Citta Mall
Level 2-01, Citta Mall
No. 1, Jalan PJU 1A/48,
Pusat Perdagangan Dana 1
47301, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7831 6858

MajuHome Concept - Puchong Mall
Wisma LKT PT35200,
Persiaran Subang Damai (off LDP),
47670, Subang Jaya, Selangor.
Tel : 03-8068 3661
Faks : 03-8068 4661








2 ulasan: