Peminat Burger Dan Kentang Goreng Puas Untuk Makan Di "US Burger & Fries Fiesta"

Peminat Burger Dan Kentang Goreng Puas Untuk Makan Di "US Burger & Fries Fiesta" - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa sini tak minat makan burger atau kentang goreng? Tak adakan mesti semua orang akan cari burger tambah2 lagi yang jual tepi jalan. Tapi tu tak puas yang ini lagi puas di mana ada penganjuran "US Burger & Fries Fiesta" selama sebulan. Wow mana nak dapatkan ni nanti baca bagi habis dulu entry ni ok ehehehe.


Bermula dari 1 May hingga 30 May 2016 melibatkan 19 buah restoran dan cafe seluruh Lembah Klang. Masing akan menyediakan hidangan burger yang istimewa dari dapur mereka untuk memuaskan nafsu makanan anda. Kita sendiri pun tau kan bahawa burger merupakan salah satu makanan segera yang amat digemari oleh orang Malaysia. 



Memandangkan burger dan kentang goreng tidak dapat dipisahkan dan saling melengkapi untuk kepuasan gastronomi, kaki-kaki makan di Malaysia mempunyai peluang untuk menikmati semua burger terbaik dengan kentang goreng terbaik melalui "US Burger & Fries Fiesta"



Di antara sebab-sebab mengapa Amerika menghasilkan kentang goreng yang terbaik adalah suhu ideal yang semakin meningkat, rich soil, kemudahan pemprosesan dan generasi kepakaran. Kentang AS dihantar untuk pemprosesan mengandungi high "solids" dan kandungan gula yang rendah, adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kualiti produk dengan penampilan yang diinginkan, rasa dan tekstur yang pasti enak.



Salah satu acara kemuncak fiesta ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk membiasakan diri mereka mengenali pelbagai jenis kentang U.S. Kebanyakan outlet ni bakal menghidangkan new cuts of U.S. fries untuk pertama kalinya. Kebanyakan outlets yang terlibat berasa teruja kerana diberi peluang untuk mempamerkan gabungan burger dan kentang AS kepada korang semua. Pasti korang takkan menyesal bila datang ke sini nanti.



Pula sekarang ada satu contest di Instagram di mana 3 pemenang mingguan dengan gambar yang terbaik mereka menikmati promosi kentang AS dan burger akan memenangi hadiah wang tunai RM150 setiap minggu. Apa yang korang perlu lakukan adalah menghantar gambar anda dengan hashtag #USFries&BurgerFiesta. Bersedia untuk menikmati kentang goreng A.S. dan burger mesti tak sabar bukan! Untuk maklumat lanjut mengenai sila hubungi Kent Low atau Eddie Saw di (03) 8070-7216.



Outlet yang menyertai kempen "U.S. Burger & Fries Fiesta" dan hidangan mereka:


No
Nama Outlet
Nama Hidangan
1
Big Hug Burger
·         Nasi Lemak Burger
·         Grilled Buffalo Chicken Burger
2
Brooklyn B-Venture
·         Philly Cheese Steak
·         Deli Chicken
3

Chequers

·         Moo
·         Spicy Cajun Chicken
4
Choo Choo Chicken
·         Choo Choo Cham Chi Chicken
·         Choo Choo Bulgogi Burger
5
Crazy Bites
·         Teriyaki Rooster Bites
·         Honolulu Ox Bites
6
Fatboy’s The Burger Bar
·         The Breakfast Stack
·         The Meaty Mania   
7
Hide & Seek Cafe
·         Signature Pork Burger
·         Juicy Chicken Burger
8
Junkyard Burger
·         Lamb Tzatziki BURGER
·         Texas-Hold Me Burger
9
KGB
·         Santa Fe Burger
·         Frito Pie
10

Kulcat Bariror

·         Green Chilli Locos
·         Double Trouble
11
Melur & Thyme
·         Mushroom Swiss Beef Burger
·         Smoked Duck Sandwich
12
Mini Mini Café

·         Roasted Chicken Burger
·         Ox Bites Burger
13
My Burger Lab
·         A+ Burger 
·         Beautiful Mess
14
The Card Cafe
·         Card Café Crispy Fish Burger
·         Card Café Signature Chicken Burger
15
The Grind Burger
·         Grind House Burger
·         JD Burger
16
The Burger Factory
·         Beef Burger On Fire
·         Burger Factory Signature
17
Swensen Cafe
·         Double Cheese Beef Burger
·         Swensen’s Ultimate Chicken Burger
18
Carl’s JR 
·         Chili Cheese Fries
·         Chili Cheese Burger
19
Tryst Cafe
·         Pancake Chicken Burger
·         Cheese Potato Wedges







{ 10 comments.. read them below or add one }

reezluv reezluv 11 May, 2016
cantik gambarnya..ohhoo..sedap le kot ye
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 11 May, 2016
Mak aiihhh nampak semua sedap nih..
Maha Mahu Maha Mahu 11 May, 2016
Memang sedap hehehe..
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 11 May, 2016
Stresssss ena menengoknyaaaaa... Tempting sangattt ni... Huaaaa kena cuba try test jugak nj
Eray Majid Eray Majid 11 May, 2016
wow hebat gambar2nya...ternampak kesedapannya....
cikpinz cikpinz 12 May, 2016
Perghhh merecikk gambar burger...
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2016
Jangan stress sangat yer heheheh...
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2016
Hehehehe tumpang gambar orang jer ni..
Maha Mahu Maha Mahu 12 May, 2016
Merecik tu tak tahan tu hehehe..