Kabinet Dapur,

Mencari Kabinet Dapur Dan Set Meja Makan Di MajuHome Concept @ Citta Mall Dan Menang RM10,000

Sabtu, Mei 14, 2016 Mahamahu 10 Comments

Mencari Kabinet Dapur Dan Set Meja Makan Di MajuHome Concept @ Citta Mall Dan Menang RM10,000 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tengah cari mood untuk deko rumah baru nanti tak tahu lah macam mana idea nak datang ni. Nak tukar dapur dan juga ruang makan ni agar nampak modern dan juga exclusive sikit. Nampaknya kenalah pergi mana2 show room atau concept room yang ada semua perabot2 modern ni.



Alhamdulillah rezeki lah kata orang kebetulan pula MajuHome Concept baru saja buka cawangan baru dan terbesar di Citta Mall Ara Damansara. Nampaknya lepas ni perabot rumah ni semua yang baru2 dan cantik2 lah. Maha pertama kali jejak kaki ke dalam MajuHome Concept ini ingatkan ia macam kedai perabot biasa tapi jauh bezanya.





Apa bezanya kat sini, korang akan dapat merasai sendiri semua perabot dan juga pekakasan yang dipamerkan sendiri melalui deria sentuhan, lihat dan rasa. Wow dah macam interior designer pula hehehe. Tapi betul Maha masuk ke dalam concept store ini memang terpegun kerana semua perabot ada di sini dan ia bagaikan One Stop Center untuk mendapatkan semua perabot rumah korang.







Mereka sebenarnya mengutamakan konsep produk tempatan kerana hampir 80% semua perabot dalam ini adalah produk Malaysia. Namun mereka juga ada membawa beberapa produk luar negara yang sudah kukuh dan terkenal seluruh dunia seperti dari Thailand, Perancis dan Belgium. Kalau korang nak cari sesuatu yang unik dan exclusive ini hanya boleh dapat di sini sahaja tau.





Concept store ini begitu luas korang boleh jalan dan merasai suasan seperti perhiasan dalam rumah sendiri. Korang juga boleh 'mix and match' segala produk mereka untuk menjadikan dekorasi rumah korang begitu luar biasa. Mereka juga menyediakan 'khidmat consultant' untuk korang mendapatkan khidmat nasihat dan juga perunding bagi merealisasikan ruang dalam rumah atau pejabat korang lebih realiti.






Nak cari set bilik tidur, nak cari susun atur pejabat dan macam2 lagi ada kat sini. Suka sebab mereka kat sini bagi kita idea macam mana nak mengayakan sesetengah perabot itu. Mereka juga mengutamakan konsep jimat ruang dan mudah kendali. Macam mana tu sebenarnya mereka buat perabot yang lebih mesra ruang terutama untuk rumah yang kecil.





Jangan risau tentang harga kerana kat sini semua menyediakan produk dengan harga termasuk GST ok. Maha dah jumpa beberapa perabot yang menarik untuk rumah baru nanti tapi macam mana lak nak bawa. Jangan risau kat sini mereka juga menyediakan service penghantaran dan juga pemasangan perabot yang dibeli so tak perlu risau untuk membeli produk mereka. Apa tunggu lagi mereka dah buka dan korang boleh masuk sendiri tengok semua perabot dalam ni.



Paling best bila korang datang concept store ini bukan sahaja boleh beli perabot tapi korang boleh sertai kontest yang dianjurkan oleh MajuHome Concept @ Citta Mall Ara Damansara. Paling mudah sangat untuk sertai di mana korang perlu ikut langkah2 seperti di bawah ini. Korang boleh tengok hadiah2 yang ditawarkan cukup istimewa bukan rasa nak kasti baru atau sofa baru tak boleh lah join hehehe.




Korang yang menyertainya layak untuk menangi hadiah bernilai sehingga RM10,000 wowwww. Banyak gila hadiah apa lagi jom sertai sekarang kerana peraduan ini akan berakhir sehingga 30 Mei 2016 ini sahaja. Nak posse macam mana korang semua pakar selfiekan, kalau susah tengok macam mana yang Maha buat ini penting kena ada gambar korang sekali kat dalam tu dan letak #MajuHomeSnapNWin. Jom sertai sekarang juga.

Maklumat lanjut tentang peraduan layari :-
Facebook : www.facebook.com/majuhomeconcept







10 ulasan:

  1. pehh..

    memang nampak menarik semua kabinet tu.

    geram tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik dan design unik exclusive tau tak ada tempat lain hehehe..

      Padam
  2. suka pergi kedai camni, pastu stress sbb semua nak! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah jangan stree pergi sini ambil gambar boleh menang hadiah boleh beli semua yang nak tu heheheh..

      Padam
  3. Macam manarik, malangnya macam susah pula nak ke Citta Mall

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susah lah bro senang sini pun parking banyk kot...

      Padam
  4. Balasan
    1. Best kan kalau masuk contest menang hadiah lagi best hehehe..

      Padam
  5. Cantik collection perabut kat majuhome concept nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik firstime tengok tegoda lah memang puas hati..

      Padam