Buat Dessert Resepi Kristal Kek Kelapa Laut TC Boy Dari Dapur Mahamahu

Buat Dessert Resepi Kristal Kek Kelapa Laut TC Boy Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Korang mesti suka minum air kelapa laut bukan. Kalau pergi pasar malam mesti cari air ni kan sebab kat kedai tak ada jual produk ini. Tapi sekarang tidak lagi kerana TC Boy mengeluarkan produk khas untuk minuman kelapa laut dalam tin.


Kat pasaran kini ada dua jenis kelapa laut keluaran daripada TC Boy iaitu TC Boy Kelapa Laut Dalam Sirap dan juga TC Boy Kelapa Laut Dalam Madu. Dua2 ini menggunakan buah kelapa laut yang sebenar dan kalau korang buka dalamnya korang akan dapat lihat buah kelapa laut tu yang di potong panjang2. Bukan sahaja boleh buat air tapi juga boleh buat dissert seperti yang Maha nak tunjukkan ini.


Sebelum ni Maha ada post tentang produk TC Boy Tuna dengan Cili Padi yang Maha masak resepi Cara Berlauk kan. Kali ni jom kita sama2 buat resepi yang mudah ini dan kita gunakan produk kelapa laut dari TC Boy ini. Maha tak pandai tapi sama2 kita belajar buat sikit2 jer. Boleh hidang untuk makan masa bulan Ramadhan nanti dan boleh bagi kat jiran2. Resepi yang Maha panggil sebagai Kristal Kek Kelapa Laut TC Boy. Mai tengok bahan2 yang Maha gunakan ni tak banyak pun.


Bahan2 resepi Kristal Kek Kelapa Laut TC Boy :-

1 tin TC Boy Kelapa Laut Dalam Sirap
1 tin TC Boy Kelapa Laut Dalam Madu
4 sudu Gula
10 ml Serbuk Agar-agar


Tonton cara2 utuk membuat resepi Kristal Kek Kelapa Laut TC Boy :-


Senangkan untuk membuatnya mudah jer semudah 1, 2, 3, tak perlu proses yang lama. Rasa semua orang boleh buat kalau yang tak pernah memasak pun boleh buat. Cuma kemanisan yang korang perlukan tu terpulang kepada berapa banyak gula yang korang nak gunakan.



Nanti sapa dah cuba kongsi dengan Maha ok atau korang ada resepi2 yang lagi bagus nak share. Produk ini baru sahaja ada di Malaysia so korang leh dapatkan sekarang ok. Selamat mencuba semua. 









2 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 23 May, 2016
Hehehe kek bawah tu leh ganti pelbagai jenis kek warna-warni baru meriah...