Dapur,

Resepi Tradisional Yang Di Fusionkan Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi TC Boy

Khamis, April 21, 2016 Mahamahu 2 Comments

Resepi Tradisional Yang Di Fusionkan Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi TC Boy - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ini resepi yang ke 50 kot Maha nak kongsikan dengan korang semua. Tapi resepi ini adalah dari masakan kuih tradisional yang telah Maha perbaharui mengikut kesesuaian selera modern kita.


Nama resepi ini adalah Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi TC Boy. Knp ada nama TC Boy? Ini kerana Maha menggantikan inti lauk yang selalu kita gunakan dalam kuih ni dengan produk Tuna daripada TC Boy.


Selain itu Maha ada baca bahawa produk ini mempunyai sijil Halal yang terjamin. Ia juga mudah untuk digunakan tidak perlu masak dan juga boleh terus dimakan.

Paling penting produk TC Boy ini mengandungi khasiat yang baik untuk badan dan juga menggunakan bahan2 yang segar. Korang boleh tengok sendiri setiap tin yang dihasilkan membuktikan kualiti yang terjaga. Produk TC Boy terdiri daripada Tuna & Salmon, Sardine & mackerel juga Baked Beans. Tapi untuk resepi kali ini Maha menggunakan Tuna Dengan Cili Padi untuk mengekalkan rasa kepedasan yang disukai oleh orang kita.


Jom tengok bahan2 yang digunakan untuk membuat Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi :

Adunan tepung
1 cawan Tepung Gandum
1 biji Telur
1 sudu Mentega
1 cawan Santan Cair
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

Inti lauk
2 batang Daun Bawang (potong kecil)
2 biji Cili Merah (potong kecil)
1 tin Tuna Dengan Cili Padi TC Boy (asing airnya)



Sekarang cara2 untuk membuat Kuih Cara Berlauk Tuna Dengan Cili Padi tonton di bawah ni : 


Sangat cepat bukan cara nak menyediakan resepi tradisional ini. Sapa yang nak mengekalkan masakan tradisional kita ini kalau bukan kita sendirikan. Walaupun menggunakan bahan yang terbaru tapi tetap cara yang sama dan mengekalkan keasliannya. Lepas ni semua boleh cuba kuih Cara Berlauk ini. Bolehlah buat makan sarapan pagi atau untuk minum petang. Selamat mencuba semua ok.






2 ulasan:

  1. maha pandai masak ke? nampak sedap pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada pandai sangat macam seorang chef cuma masak masakan bujang jer.. banyak dah resepi Maha buat boleh tontong kat tab atas tu..

      Padam