Berita,

Perhatian Peminat Kek Hati-hati Membeli Kek Lemon Poppy Seed Atau Kek Biji Popi

Selasa, April 12, 2016 Mahamahu 6 Comments

Perhatian Peminat Kek Hati-hati Membeli Kek Lemon Poppy Seed Atau Kek Biji Popi -  Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha adalah salah seorang peminat kek dan kadang2 rajin juga masak kek sendiri macam resepi Cotton Cheese Cake yang Maha buat sebelum ini. Tapi hari ni terpaksa stop pembelian kek kat kedai setelah keluar kenyataan akhbar tentang kek Biji Popi. Mula tak tahu apa itu kek Biji Popi tapi bila baca dan buat research sedikit kat internet baru tahu apa tu.

Gambar sumber internet sekadar hiasan sahaja

Hari ni dikebanyakan akhbar telah keluarkan bahawa hati2 kepada semua pengguna untuk membeli kek Biji Popi yang dijual berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Ini kerana sekiranya korang makan kek tersebut dalam kuantiti yang banyak akan boleh menyebabkan air kencing anda dikesan positif dadah. Itu yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini. Katanya lagi kalau ditahan anda boleh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.


Wow tak sangka minat untuk makan kek boleh bahayakan diri sendiri. Jadi bila Maha search apa itu biji Popi ia adalah sejenis rempah yang kita kenali sebagai Kas-Kas. Sebelum ini Malaysia juga telah melarang penggunaan rempah kas-kas yang berlebihan dalam masakan terutama restoran mamak. Tapi kini kas-kas ini dikesan digunakan dalam kek yang disediakan di beberapa buah kedai sekitar KL.

Pihak penguasa mendapati sepotong kek dijual dengan harga RM13 dan mereka secara terang-terangan menamakan kek itu dengan pelbagai rasa termasuk 'Lemon Poppy Seed'. Pembeli yang memakan kek berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal. Itu dilakukan bertujuan untuk melariskan jualan kek mereka. 

Jadi kepada pengguna semua dan juga untuk diri sendiri lepas ini lebih berhati-hati dalam membeli kek di kedai2 kek yang rasa ada unsur2 seperti itu. Tapi Maha tak cakap semua kedai yang salah gunakan bahan2 terlarang ni. Pihak berkuasa juga masih membuat siasatan lanjut tentang bahan yang digunakan dan tindakan akan diambil sekiranya ia terbukti adalah bahan berunsur dadah. Lebih senang masak kek sendiri jer kat rumah huhuhuhu.







6 ulasan:

  1. makan pun skrg semua kena tgk..kejap halal kejap tidak, kejap ada kejap takde...haihhh~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann kena masak sendiri lah lepas ni hehehe....

      Padam
  2. Balasan
    1. Tu lah kena hati2 makan kat luar..

      Padam
  3. waaaa..xpasal je nnti kena tahan polis kalau ada roadblock! hhehe



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe jangan takut muka baik tak akan kena tahan wakakaka...

      Padam