Fish & Co,

Masih Mencari-cari Makan Tengah Hari! Fish & Co. Menyediakan Pelbagai Pilihan Dengan Set Lunch Gusto

Rabu, April 27, 2016 Mahamahu 4 Comments

Masih Mencari-cari Makan Tengah Hari! Fish & Co. Menyediakan Pelbagai Pilihan Dengan Set Lunch Gusto - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Satu lagi tempat untuk orang2 yang kerja di tengah kotaraya mencari kelainan dalam pilihan makan tengah hari. Fish & Co. kembali dengan set Lunch Gusto yang terbaru dan pelbagai pilihan makanan laut.


Sebut Fish & Co. mestilah makanan lautkan jadi untuk set lunch ini diilhamkan kepada peminat makanan laut.
Terdapat dua set meal yang di sediakan untuk korang cuba iaitu Value Meal dan Premium Meal. Bila sebut set lunch ini mestilah waktu makan tengah hari sahaja iaitu bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Ia tawaran untuk hari bekerja dari Isnin sampai Jumaat dan tidak available pada hari cuti dan cuti umum.



Jom kita tengok beberapa menu yang disediakan bagi set makan tengah hari di Fish & Co. ini. Paling Maha suka semestinya Salmon lah sebab itu makanan laut kegemaran. Dalam set ini pun ada juga iaitu Grilled Salmon Mediterranean. Dalam satu hidangan seperti di bawah ini mengandungi Nasi Mediterranean dan juga sayur2 salad yang sedap. Di atasnya pula ada sos lemon dan cream yang menarik. 

Grilled Salmon Mediterranean (RM 28.95)

Satu lagi hidangan yang mengandungi semua jenis makanan laut yang korang boleh pilih iaitu Seafood Luch Platter. Dalam set ini makanan laut seperti udang, ikan, kepah dan sotong. Semua di masak berlainan dan disediakan dalam satu pan. Siap ada sekali Mash Potato dan juga Salad segar dalam set ini lengkap ok.

Seafood Lunch Platter (RM 28.95)
  

The Best Fish & Chips In Town (RM 16.95)

Bagi yang nak makan tengh hari yang lain seperti spaghetti kat sini pun ada korang boleh cuba iaitu Spaghetti Pomodoro dan juga Vongole Aglio Olio. Semuanya mengandungi makanan laut yang sedap dan menarik dapat rasa kebezaan dengan makanan lain. Korang tahukan kat sini semua makanan laut yang segar dan terbaik.

Spaghetti Pomodoro (RM 10.95)

Vongole Aglio Olio (RM 14.95)

Mereka yang berdiet pula boleh cuba Caeser Salad With Grilled Chicken memang rangup dan lazat. Korang juga boleh dapatkan Soup Of The Day secara percuma kat sini. Macam mana caranya korang kena upload gambar bersama makanan Fish & Co. kemudian letak caption "Hello From Fish & Co. Malaysia" hastag #GlobalFishCo. Nanti korang boleh dapat soup secara percuma.

Caeser Salad With Grilled Chicken (RM 11.95)

Soup Of The Day

Tapi betul lah untung orang yang keje di tengah2 KL kerana dapat cuba set Lunch Gusto ini. Untuk set ini hanya boleh didapati di cawangan2 seperti Pavilion KL, IOI City Mall, Main Place, USJ 21, Paradigm Mall dan The Mines Shopping Mall sahaja. Claim lah korang nyer makan tengah hari dengan minuman pilihan iaitu Coke, Sprite, Iced Tea atau Passion Fruit. Apa pun Maha rasa puas dapat cuba sendiri set lunch ini dan menarik untuk datang. Boleh pergi setiap hari dan cuba set2 yang berbeza setiap hari. Selamat mencuba semua.

Kalau korang nak update terkini boleh layari laman facebook Fish & Co. 
Laman web : www.fish-co.com.my







4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hehehe memang sedap ni special promosi untuk makan tengahari jer waktu kerja...

      Padam
  2. tapi jauh la semua outlet dia..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh ker alah kalau jalan2 kat KL pergi event boleh singgah hehehe...

      Padam