Bukit Jalil,

Felda D'Saji Katerer Mempunyai Venue Perkahwinan Terbanyak di Lembah Kelang Terbaru Dewan D'Mahligai

Khamis, April 07, 2016 Mahamahu 2 Comments

Felda D'Saji Mempunyai Venue Perkahwinan Terbanyak di Lembah Kelang Terbaru Dewan D'Mahligai - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pada 31 Mac yang lepas adalah majlis perjanjian kolaborasi di antara Felda D'Saji Sdn Bhd dan Yayasan Jabal Nur. Bertempat di Dewan D'Mahligai Kompleks YJN Bukit Jalil adalah venue ke 12 milik di bawah Felda D'Saji.



Maha sempat hadir ke majlis memperkenalkan dewan ini dan juga memberi pakej kemudahan perkahwinan kepada penduduk di sekitar Bukit Jalil, Sri Petaling, Kinrara dan yang sekawasan dengannya. Pakej untuk dewan ini sangat berpatutan dengan harga serendah RM28.00 seorang pasti buat majlis korang lebih meriah.



Dewan ini mampu memuatkan sehingga 400 orang pada satu masa dengan kemudahan lain seperti hawa dingin, tempat letak kereta percuma dengan pengawal keselamatan lagi. Kemudian 2 lif dan akses tangga hadapan berbumbung, bilik2 persalinan dan bilik menunggu VIP serta kemudahan wajib iaitu tandas yang selesa dan juga ruang solat untuk tetamu.




Paling best kat sini ada kemudahan hotel dengan 80 bilik yang di sediakan untuk tetamu yang datang dari jauh bagi mengadakan majlis di sini. Selain tu untuk korang dari sekitar KL nak akses ke dewan ni menaiki LRT sahaja dengan turun di stesen Awan Besar dekat sangat. Apa lagi yang mereka sediakan kalau korang ambil pakej lengkap kat sini juga tersedia pelamin, meja makan pengantin, meja tetamu VIP, hidangan makanan pengantin dan basic PA System. Lengkap semua ada apa tunggu lagi booking cepat.






Masa Maha datang hari tu dewan ni sangat cantik dan luas. Masuk dalam selesa dan juga pasti diyakini bahawa makan memang sedap2 belaka. Sapa tak kenal Felda D'Saji yang telah ada banyak dewan termasuklah Dewan Perdana Felda dan D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa. Korang tengok sendiri makan2 yang di sediakan untuk tetamu pada hari pelancaran tu best tau.





Maha pula rasa nak kahwin bila tengok dewan yang dihias cantik dan juga pelamin yang gah tu. Bila lah masanya yer hehehe tunggu jodoh itu milik Allah sabar jer lah. Kalau korang nak buat tempahan atau sebarang pertanyaan bolehlah hubungi mereka atau email kepada mereka seperti di bawah. 

Tempahan dan pertanyaan
Alamat : Dewan D'Mahligai, Komplek YJN,
               No 1, Jalan Jalil Perwira 2, 
               Off Jalan 3/155 Bukit Jalil 
               58200 Kuala Lumpur
Encik Muhammad Muinuddin 
Tel : 03-2698 8302
        019-2111 601
Email : muinuddin.dz@felda.net.my







2 ulasan:

  1. Amboi Maha, samapi terasa nak kawen terus ya? Mungkin dah sampai seru tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheheh In Shaa Allah doakan saya yer hehehehe

      Padam