Bangkit Daripada Kegagalan The KopiShop By YummyLicious Bukan Sekadar Kedai Kopi Biasa

Bangkit Daripada Kegagalan The KopiShop By YummyLicious Bukan Sekadar Kedai Kopi Biasa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekali kita gagal dalam apa sahaja usaha kita jangan mudah putus asa kerana kegagalan itu yang menjadi ilmu berguna kepada kejayaan akan datang. Wahhh dan macam ahli falsafah dah hehehe tapi itu yang Maha sempat belajar daripada seorang pemilik restoran hebat ini.



The KopiShop By YummyLicious milik bersama seorang yang pernah diistiharkan muflis satu masa dulu kini bangun dengan restoran yang luar biasa. Maha tak pandai bercerita panjang tentang kisah kebangkitan Mr Jimmy Lee tapi korang boleh baca catatan beliau di sini. Maha cuma nak cerita kesedapan makanan yang ada di restoran ini.




Memang sekali datang ke The KopiShop By YummyLicious korang akan tahu kenapa Maha cakap ia bukan sekadar kedai kopi biasa. Selalu kalau kita lepak kedai kopi mesti nak minum kopi jer tapi kat sini korang boleh dapat pelbagai hidangan makanan tempatan Malaysia yang mengkagumkan. Jom kita tengok jenis2 makanan yang ada di sini untuk rujukan korang jika nak datang sini ok.

Summertime Salad (RM 18.90)

Malaysian Salad (RM 17.90)

Pani Puri (RM 7.00)

Bagi mereka yang nak diet atau amal makanan segar seperti sayur2an boleh cuba di sini ada pelbagai jenis salad. Paling menarik adalah Summertime Salad, Malaysian Salad dan Pani Puri. Menggunakan bahan2 segar di dalamnya dan masih mengekalkan kesedapannya. Maha makan pun boleh habis dua salad ni hehehe.

Nasi Kerabu With Grilled Beef (RM 16.90)

Kemudia nak rasa makanan utama menu Malaysia ni korang boleh cuba Nasi Kerabu With Grilled Beef. Lengkap dalam ni ada set Nasi Biru yang dihasilkan daripada bunga asli. Dalam satu pinggan tu juga ada Solok Lada, Telur Masin, Serunding Kelapa, Budu Keropok, Ulam-ulaman dan juga pastinya Daging Bakar. Memang membuka seleras sangat2.

Herb and Toasted Coconut Rice Served with Vegetarian Mutton and Cold Cucumber Salsa (RM 22.90)

Satu lagi ni pun nasi juga tapi ia adalah idea dan ilham pemilik restoran ini sendiri yang telah menghasilkan satu hidangan makanan sesuai untuk vegetarian. Nama pun panjang nak sebut tapi kalau korang nak order boleh panggil 'Herb and Toasted Coconut Rice Served with Vegetarian Mutton and Cold Cucumber Salsa'. Tak tahu apa korang nak panggil tapi memang rasa keseimbangan gabungan semua herb dalam nasi ni.

Hailam Roast Chicken Rice (RM 16.90)

Kalau nak nasi ayam pun ada kat sini special iaitu Hailam Roast Chicken Rice. Dapat rasa ayam yang penuh dengan rempah dan juga nasi yang lembut serta sambal yang pedas dan menarik. Jadi korang boleh pilih mana satu hidangan nasi daripada 3 yang Maha citekan ni semua ok.

Spicy Noodles Beef (RM 11.90), Spicy Noodles Chicken (RM 9.90) and Spicy Noodles Prawn (RM 11.90)

Tapi kalau tak nak makan nasi korang boleh cuba pula Spicy Noodles. Yang ini memang tak ada kat tempat lain korang mesti kena datang sini. Dapat rasa mee yang pedas bersama rempah kemudian ada telur dadar dalam tu dan sayur2 segar. Mee ni datang dalam 3 jenis yang korang boleh pilih iaitu Chicken, Beef dan Prawn. Tengok saiz satu mangkuk ni mesti korang kenyang punya hehehe. Maha suka Spicy Noodle Beef ok.

Juicy Lucy (RM 27.00)

Jumbo Roti John (RM 26.00)

Last tapi juga penting dalam hidangan di restoran ini adalah semua yang berasaskan roti. Kalau nak makan simple tapi kenyang korang boleh pilih antara Juicy Lucy, Jumbo Roti John dan Peanut Butter Rendang Sandwich. Semua ini sesuai untuk makan malam yang tidak terlalu berat dan juga minum petang bersama kopi.

Peanut Butter Rendang Sandwich (RM 14.90)

Tapi antara 3 tu yang korang wajib cuba adalah Peanut Butter Rendang Sandwich memang rare dan pelik. Mana tidaknya rendang bersama dengan peanut butter adakah logik. Tapi memang logik sebab Maha pernah cuba Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter kat satu restoran ni memang menarik. Jadi korang boleh datang sini cuba semua menu2 yang hebat2 ini ok.



Maha nak ucapkan terima kasih kepad Zomato Malaysia kerana membawa Maha ke restoran ini dan bersama dengan rakan2 lain untuk menikmati semua hidangan yang sedap2 dan membuatkan perut kita kenyang sangat2. Bagi korang yang nak datang ker The KopiShop by YummyLicious ini ia terletak di Bukit Damansara dalam bulding Wisma E&C. Ia agak tersorok sikit tapi exclusive dalamnya menarik dan tenang. Maha dah cuba korang bila lagi mai lah.

The KopiShop by YummyLicious Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

THE KOPISHOP BY YUMMYLICIOUS
Alamat : Ground Floor Retail Space, Wisma E&C,
               No. 2, Lorong Dungun Kiri, Bukit Damansara,
               50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook : www.facebook.com/thekopishop.GLSB
Instagram : www.instagram.com/thekopishop

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat 8.30pagi - 5.30petang







6 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 05 April, 2016
Uish sedapnya MM, tengok kopi tu terasa macam nak dapatkan secawan pi minum ni
Maha Mahu Maha Mahu 05 April, 2016
Heheheh sedap menarik tempat ni.. kalau nak boleh dapatkan diskaun 20% kat sini tapi kena bawa student card lah hehehe...
Curious Traveller Curious Traveller 05 April, 2016
Yummy, sedapnya, nak try ni nanti waktu ke kl soon. Thank you for the post. Added my must visit list. Sincerely curiostraveller.com
Maha Mahu Maha Mahu 05 April, 2016
Datang Kl kena cuba yer nanti dah cuba share ok. Thanks you visit my blog dari Sabah...
Jimmy Lee Jimmy Lee 06 April, 2016
Hi Maha,

Terima kasih sangat-sangat kerana sudi mengunjungi restoran kami dan menulis artikel blog ini yang sungguh menarik sekali. Nanti bila dah ada hidangan baru, silalah datang lagi. Jumpa lagi ya!
Maha Mahu Maha Mahu 09 April, 2016
Terima kasih Jimmy I akan datang lah kalau u jemput I hehehehe....