Arabian Food,

Sapa Nak Jelajah Ke Lubnan Kena Cuba Dulu Makanan Di Restoran Al-Amar Ini

Jumaat, Mac 04, 2016 Mahamahu 0 Comments

Sapa Nak Jelajah Ke Lubnan Kena Cuba Dulu Makanan Di Restoran Al-Amar Ini - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa pernah ker Lubnan? Bercuti ker atau ada urusan kerja. Maha teringin juga nak jalan2 ker negara Barat Laut Asia ini. Walaupun negara sekitarnya masih digelora dengan peperangan dan keganasan tapi mereka tetap mahukan ketenangan dan kedamaian.



Itu yang ditampilkan oleh pemilik Restoran Al-Amar ini.
Restoran ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Membawa konsep dekorasi dari negara Lubnan juga hidangan makanan semua berasaskan dari negara tersebut.
Restoran ini pun telah ada banyak cawangan di KL ni iaitu Pavillion, Fahrenheit 88 dan juga yang Maha pergi ini iaitu Sunway Putra Mall.



Hari tu Maha dijemput untuk menikmati hidangan terbaru yang disediakan oleh chef khas dari negara asal restoran ini juga. Pada hari tu Maha dihidangkan dengan 10 jenis menu special yang tak pernah lagi rasa kat tempat lain. Ok lah tak nak bebel2 panjang2 jom kita tengok menu2 yang dihidangkan dan juga harga yang sesuai untuk korang.

Cold Mezze


Hommos (RM 17.55)
Kacang kuda dilecek dicampur dengan pes biji bijan dan sedikit jus lemon, serta dressing dengan minyak zaitun dan makan dengan Roti Arab

Warak Enab (RM 18.45)
Daun vine disumbat dengan beras dan rempah dan diperap dalam sos minyak lemon

Salads

Fattouch (RM 22.95)
Satu campuran sayur segar tomato, timun, salad, lobak, daun pudina dan roket digaul  dengan sumac khas

Hot Mezze

Falafel (RM 20.25)
Kacang goreng dan pes kacang kuda dengan Sos Tahina dan perasa

Batata Harra (RM 19.35)
Kiub kentang goreng bersama dengan serbuk cili, bawang putih, ketumbar dan lemon

Main Course

Mix Grill (RM 62.90)
Pinggan yang terdiri daripada satu Lahem Mechwe sate, satu Chich Taouk sate dan dua Lidi Kafta

Siyyediyeh (RM 44.90)
Ikan kerapu panggang dihidangkan dengan Nasi Basmati tragrant dimasak dengan bawang goreng dan rempah, dihidangkan dengan sos istimewa kami

Kabbseh Rice (RM 13.05)
Beras basmati wangi dimasak dengan tomato dan rempah

Dessert

Regular Fruit Platter (RM 21.15)
Piring yang terdiri daripada tembikai, nanas dan tembikai susu

Baklawa (RM 12.15)
Kekacang yang di campur dan dipadat dengan Madu cukup manis


Amacam menarik tak menu2 yang disediakan di Restoran Al-Amar ini. Kalau nak rasa2 hidangan Negara Lubnan boleh datang sini selalu. Maha pun dah suka makanan kat sini dan yang Maha perasan makanan mereka banyak menggunakan minyak zaitun dan juga kekacang. Sebab tu mereka ni putih2 orangnya hehehehe. Selamat menjamu selera semua ok.

RESTORAN AL-AMAR
Alamat : Lot 2-27, Sunway Putra Mall, 100 Jalan Putra, 50350 KL
Facebook : www.facebook.com/AlAmarLebaneseCuisine
Waktu operasi :  10.00 pagi - 9.00 malam






0 Pandangan: