Resepi Puding Roti Nutella Mahamahu Edisi Istimewa Dari Dapur Mahamahu

8:00 PG Maha Mahu 4 Comments

Resepi Puding Roti Nutella Mahamahu Edisi Istimewa Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Post lepas Maha ada cite pasal produk Nutella yang menjadi kegilaan ramai orang di Malaysia. Pada masa tu Maha dapat satu jar Nutella peribadi yang special ada tulis nama Maha lagi. Jadi sebab ada Nutella yang banyak tu Maha dapat idea untuk buat satu resepi yang mudah yang ramai orang Malaysia suka.


Resepi kali ini diberi nama Puding Roti Nutella Mahamahu sebab kat jar tu ada tulis nama Maha hehehehe. Ramai orang suka puding roti dan tak ramai yang pandai buat macam Maha juga. Jadi kali ni nak share koran resepi mudah dan cepat untuk buat puding roti ini. Orang bujang pun boleh buat tapi kena ada oven lah nak bakar hehehe. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan.


Bahan2 untuk membuat resepi Puding Roti Nutella Mahamahu :-

6 keping Roti Biasa
1 jar Nutella
1 kotak kecil Kismis Hitam
2 cawan Susu Segar Lemak Berkrim
1/2 cawan Gula Kastor 
1 sudu besar Mentega Cair
2 biji Telur
1 sudu kecil Essen Vanilla

Tonton video cara2 untuk menyediakan Puding Roti Nutella Mahamahu kat sini :-


Mudah bukan nak sediakan puding roti ini semua orang boleh buat. Sedap lak tu sebab ada rasa Nutella kat dalam puding ni. Kalau korang ada roti2 yang dah nak expired bolehlah cuba nak bagi habis stock tu hehehe. Macam yang Maha buat ni lah wakakaka. Selamat mencuba semua nanti dan cuba sharekan ok.






Anda juga suka post ini...

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. terr tu apa hehehe..... cuba2 jer...

      Padam
  2. Ambaoi MM ambik kesempatan sebab dekat jar ada nama sama ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bila lagi nak buat resepi sendiri wakakak boleh cuba yer... sharekan..

      Padam