Nine Chefs Membawa Semua Makanan Malaysia Bawah Satu Bumbung

Nine Chefs Membawa Semua Makanan Malaysia Bawah Satu Bumbung - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bukan Maha cakap tapi ini yang diluahkan oleh pelancong luar bila datang ke negara kita. Malaysia sebuah negara yang kaya dengan makanan yang enak2 dan menarik untuk dinikmati. Banyak tempat-tempat makan yang menarik di Malaysia masih belum kita terokai dan jelajahi.

 

Tapi semua hidangan yang ada di Malaysia perlu kita terokai dari utara sampai selatan, timur dibawa hingga ke barat. Mungkin akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi. Mana kita nak dapatkan hampir semua hidangan seluruh Malaysia ini dalam satu restoran. Itu yang dibawakan oleh restoran Nine Chefs yang diusahakan oleh anak muda tempatan.




Kenapa nama restoran Nine Chefs? Maha sempat bertandang ke restoran ini untuk mendapakan jawapan yang nyata.
Nine Chefs adalah sempena dengan 9 jenis hidangan yang dibawa dari serata Malaysia dengan resepi original mengikut cara masakan yang asal dan bahan2 yang semulajadi. Walaupun makanan kat sini mungkin tidak rasa sama seperti bagaimana mak korang masak tapi ia akan rasa seperti hidangan Malaysia yang pernah korang nikmati sebelum ini. 

Fried Salted Egg Sotong (RM 15.90)

Deep Fried Chicken Wings served with House Dip (RM 15.90)

Jom Maha ceritakan beberapa hidangan yang sempat Maha cuba semasa datang makan kat restoran ni mesti korang teruja. Seperti biasa makanan Malaysia pun ada pembuka selera juga hehehe, kat sini korang mesti kena cuba Fried Salted Egg Sotong dan juga Deep Fried Chicken Wings served with House Dip. Sotong goreng bersama dengan telur masin ini memang sedap dan dapat reas telur masinya yang original.  Kemudian kepak ayam goreng rangup dan cukup rempah ratus yang diperapnya.

Rojak Buah (RM 12.90)

Tu baru starter mai kita cuba pula salad special Malaysia iaitu Rojak Buah. Buah-buahan segar bersama sos rojak dan juga ikan bilis goreng atasnya menyegarkan rasa. Lepas tu pula kita pergi kepada hidangan utama kat sini yang mendapat sambutan ramai juga. Mestilah hidangan nasi semua ni yang Maha cuba adalah hidangan kombo.

Nasi Kerabu served with Daging Salai (RM 19.90)

Masak Lemak Daging Salai Combo (RM 18.90)

Ikan Pari Bakar Combo (RM 18.90)

Pertama sekali Nasi Kerabu served with Daging Salai, kemudian Masak Lemak Daging Salai Combo, dan seterusnya Ikan Pari Bakar Combo. Semua hidangan ni datang dengan nasi, telur masin, keropok, arca sayur dan sambal. Lengkap satu set hidangan untuk korang makan mesti kenyang punya.

Nasi Lemak Combo (RM 23.90)

Kerabu Fried Rice served with Chicken Wing and Percik Sauce (RM 16.90)

Kalau untuk sarapan pagi pula boleh cuba Nasi Lemak Combo atau Kerabu Fried Rice served with Chicken Wing and Percik Sauce. Kalau tengok nasi lemak tu memang tak habis sebab semua ada dalam tu termasuklah ayam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, kacang, ikan bilis, telur, keropok dan sambal nasi lemak. Puas gila makan tapi yang sedap orang puji adalah sambal sotong. Maha suka semua hehehe.

Fried Laksa (RM15.90)

NineChefs Pisang Cheese Combo (RM 16.90)

Kalau yang tak makan nasi boleh cuba Fried Laksa dimana laksa yang digoreng seperti mee goreng mamak. Tapi mereka gunakan mee laksa tu memang unik dan rasa pun kenyal2. Last but not list mesti kena ada space untuk pencuci mulut yang special di sini iaitu NineChefs Pisang Cheese Combo. Paling ramai orang order kat sini kerana dalam pisang goreng ni ada cheese, oreo dan chocolate memang sedap manis dan berlemak rasanya.

Coconut Blend (RM 10.90)

Puas dah makan kat sini jadi korang pun boleh datang cuba kat sini dan tak rugi kerana banyak pilihan makanan. Minuman pun menarik juga kat sini korang kena cuba Coconut Blend. Mereka gunakan isi kelapa muda dikisar bersama air kelapa yang tu sedapnya. Jadi jagan lepas peluang untuk datang ker restoran Nine Chefs yang satu2nya di IOI City Mall Putrajaya. Selamat mencuba.

NINE CHEFS
GE11, Ground Floor
IOI City Mall, Lebuh IRC
IOI Resort City
62502 Putrajaya

Waktu operasi
Isnin - Khamis: 10am - 10pm
Jumaat - Sabtu: 10am - 11pm
Ahad: 10am - 10pm

Facebook : www.facebook.com/ninechefs
Laman web :  ninechefs.com.my
Tempahan : 03 8959 8026







4 comments.. read them below or add one

Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad 21 March, 2016
sedapnya, ingatkan tadi ada 9 orang cef. hihih
Maha Mahu Maha Mahu 21 March, 2016
Sedap mata memandang sedap lagi mulut merasa hehehehe..... cuba lah..
Maha Mahu Maha Mahu 21 March, 2016
Hehehehe tokei kata boleh jumpa 9 chef tapi kalau hari biasa ada kurang chef wakakaka...