Magnum Pink Dan Magnum Black Aiskrim Berlainan Untuk Detik Istimewa

8:00 PG Maha Mahu 6 Comments

Magnum Pink Dan Magnum Black Aiskrim Berlainan Untuk Detik Istimewa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mood mencerminkan personaliti seseorang pada setiap hari dan sering kali perasaan yang kita alami boleh dihuraikan melalui warna. Kini aiskrim variasi terbaru dari Magnum, iaitu aiskrim Magnum Pink & Magnum Black juga dapat mengekspresikan perasaan korang.


Kalau korang pilih aiskrim warna apa Pink atau Black?
Magnum Pink mengetengahkan keenakan perisa Buah Delima Merah Jambu yang sungguh mengasyikkan digabung dengan sos Buah Delima. Di bahagian luarnya pula ialah salutan Coklat Belgium berona merah jambu yang terkenal di seluruh dunia. Buah Delima membangkitkan jiwa serta warna merah jambu yang ceria mencerminkan mood yang gembira, teruja dan penuh dengan semangat.  





Magnum Black pula melambangkan kemewahan yang sebenar. Rasa Espresso yang pekat menyelusuri setiap pelusuk aiskrim Vanila yang enak dan lembut serta disaluti dengan lapisan coklat Tanzania yang tebal, menghasilkan rasa yang hebat serta menarik perhatian para peminat kopi gourmet dan coklat.



Baru2 ini bertempat di Aloft Kuala Lumpur, aiskrim baru ini telah dilancarkan dalam sebuah majlis bertema hitam dan merah jambu yang penuh dengan gaya. Maha malam tu juga mengenakan fesyen merah jambu hehehe kerana tu mood yang Maha dapat pada hari tu. Malam penuh kemeriahan dan kegembiraan meraikan aiskrim terbaru ini.



Tetamu VIP yang hadir pada malam itu adalah Encik Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia, Singapore, Myanmar & Laos. Juga barisan artis2 popular seperti Sharifah Sakinah, Fattah Amin, Diana Denial dan suami Farid Kamil juga model terkenal Amber Chia



Kami juga dihiburkan dengan persembahan tarian video mapping yang dinamik, memaparkan mood Pink dan Black dalam bentuk gerakan, tempo dan pencahayaan khas. Disamping menikmati keenakan kedua-dua perisa baru yang unik, para tetamu juga disajikan dengan pelbagai hiburan, bermula dengan persembahan medley oleh penggesek biola terkenal Dennis Lau. Bagi menutup tirai acara pelancaran pada malam itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari penyanyi sensasi tanah air Ning Baizura.



So lepas ini korang boleh pilih mana satu warna aiskrim kegemaran yang melambangkan mood korang. Jangan lepaskan semua kesedapan ini dan keseronokan menikmati aiskrim yang penuh dengan gaya ini. Maha pun selalu juga makan tapi lebih suka yang Pink hehehehe.. Korang lak? 






Anda juga suka post ini...

6 ulasan:

  1. oho..tak jumpa lagi..kena cari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah banyak kat kedai jual best juga rasa Pink tu...

      Padam
  2. pernah cuba yang pink tu, sedap juga la, tapi takleh beli selalu, mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh betul gak tau and satu lagi manis sangat kena kurang2 pengambilan sebulan sekali ok kot...

      Padam
  3. Sedapnya aiskrim pink yang paling atas tu....meleleh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu aiskrim Magnum Pink yang custom made sendiri boleh buat bila korang pergi restoran Magnum...

      Padam